B.L.O.G

bukan laungan orang gila

Tuesday, June 13, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 10 @ FINALE ....

Zurina tiba tepat pada pukul 4 30 petang. Zurina memesan segelas teh tarik dan rojak mee takmau tauhu takmau taugeh. Pelbagai benda yang bermain di dalam fikiran Zurina pada ketika ini. Gelisah Zurina dibuatnya. Sementara Iwan pula terpaksa menghantar semua orang yang menumpang keretanya ke Ulu Yam pulang ke rumah masing-masing sebelum pergi ke Kapunam untuk berjumpa Zurina. Setibanya Iwan di Kapunam, Zurina melihat kehadiran Iwan tetapi berpura-pura seolah-olah kehadiran Iwan tidak disedari.
Iwan : Hi... Sorry lambat. Tadi gi anta budak-budak ni balik rumah dulu.
Zurina : Eh takpe... tak kisah pun.
Iwan : Lama dah ker?
Zurina : Eh taklaa baru je lagi...
Iwan : Oo oklaa kalau camtu...
Hasnan : Minum??
Iwan : Haa ginseng ais takmo... cham taree satu....
Hasnan : Cham taree... Makan?
Iwan : Takmo...
Zurina : Best gi Ulu Yam tadi??
Iwan : Tu aa best tu.... rugi tak follow.... pengalaman paling berharga dalam hidup.. haha (Iwan masih sempat berjenaka..)
Zurina hanya mampu tersenyum. Zurina dan Iwan masih lagi tidak membuka perbincangan utama mereka iaitu apakah tindakan sewajarnya yang perlu diambil. Di saat Iwan ingin membuka mulutnya mengenai hal tersebut....
Iwan : Aku dah baca surat yang ko kasi tu... Papehal aku nak cakap thanks pasal terus terang kat aku. Aku respect ko nye honesty.... Tak suma orang boleh buat camni, aku pun tak tentu boleh buat...
Zurina tersenyum lagi.... Tiba-tiba.......
Diana : IWAN !!!!
Iwan : Hey..... takyah laa jerit... I bukannya pekak….
Diana : Alaaaa you ni.... nak bermanja pun tak boleh... Ni sapa ni girlfriend???
Iwan : Ini Zurina....
Zurina : Hi.....
Diana : Hi.... You ni..... bila u nak call i?? janji nak call tapi tak pernah nak call.. Ni nak merajuk ni….
Iwan : Ni dah jumpa... nak call buat ape lagi??
Diana tanpa segan silu terus duduk di sebelah Iwan tanpa menyedari yang Iwan dan Zurina memerlukan privacy untuk membincangkan ‘masalah’ mereka itu.
Zurina : Oklaa Iwan.. Aku takleh lama kat sini.. Jumpa kau later kay..
Iwan : Eh ye ke.. Haa sorrylaaa.. lain kali sambung eh..
Zurina : Ok... Bye Diana..
Diana : Byeeeee.. Hasnan, teh o ais satu.. pastu Marlboro Lights Menthol satu..
Iwan : Bila laa u nak berhenti isap rokok..
Zurina : Lepas u jadik boyfriend i... hehe anyway ur friend tadi tu cam ade problem je? Dia tak suka i ker....
Iwan : Hmm ntahlaa... (Iwan dalam hatinya " tau takpe...")

Iwan dan Diana terus lepak di Kapunam. Iwan melayan sahaja kerenah Diana tapi dalam masa yang sama apa yang difikirkan Iwan ialah mengenai Zurina dan juga Sasha juga tidak boleh dilupakan. Keadaan Iwan kini amat rumit. Iwan kini terlibat dengan tiga orang perempuan.Diana, hanya akan mengingatinya bila dia terasa sunyi walaupun Diana menunjukkan rasa minat terhadap Iwan tetapi Iwan merasakan yang dia dan Diana tidak akan bertahan lama. Sasha, gadis yang diminatinya tetapi Iwan tidak pernah berkata apa-apa kepadanya, hanya mengharapkan Sasha menyedarinya sendiri walhal Sasha tidak menyedarinya langsung dan menaruh sedikit harapan kepada Reza yang sudahpun mempunyai teman wanita. Zurina, perempuan yang dianggap sebagai teman rapatnya tapi tanpa disedari menaruh harapan kepadanya. Tidak pernah terlintas di fikiran Iwan untuk menjadikan Zurina menjadi teman wanitanya.

Setelah hampir sejam Iwan melayan Diana di Kapunam. Iwan pun sudah keletihan memandangkan seharian dia di Ulu Yam bergembira. Iwan terus pulang ke rumah dan hanya mampu baring. Selepas makan malam pun, Iwan terus baring di dalam biliknya memikirkan masalahnya itu. Dia perlu tidur awal malam ini memandangkan besok adalah hari Isnin dan adalah hari bekerja. Sekarang Iwan harus membuat pilihan samada untuk terus mengejar Sasha, wanita idamannya walaupun tidak ada apa pun yang berlaku antara mereka ataupun membawa hubungannya dengan Zurina ke status lebih dari seorang kawan. Iwan terus bingung.

Jelas Iwan menaruh harapan terhadap Sasha tetapi Sasha seolah-olah tidak menunjukkan sebarang ‘response’. Zurina pula telah menunjukkan minat dan Iwan juga merasakan dia dan Zurina sesuai bersama memandangkan mereka sudah lama berkenalan dan saling memahami isi hati masing-masing. Tetapi rupa wajah Sasha yang cantik manis dan gelagatnya yang agak manja itu tidak dapat Iwan melupakannya. Iwan berfikir sehingga tertidur.

Bangunnya Iwan dari tidur terus bersiap untuk pegi bekerja dan apabila Iwan melihat ke handphonenya terdapat satu sms yang tidak dibaca lagi.... “Just take your time.... “ Sender : Zurina. Walaupun kandungannya sebegitu rupa tapi sebenarnya ia telah meletakkan sedikit tekanan kepada Iwan untuk membuat keputusan. Iwan bercadang untuk melupakan semuanya buat seketika dan menumpukan perhatiannya terhadap kerja.

Tetapi harapannya untuk hanya memberi tumpuan kepada kerja tidak berjaya sebaik sahaja dia melihat Sasha dan apa lagi selepas Sasha memberikan senyuman manis kepadanya. Iwan makin bingung.
Sasha : Iwan, arinih my birthday actually.... jom gi dinner malam nanti..
Iwan : Oo ye ke.... Happy Birthday... Sorry terlupa... Hehe
Sasha : Eleh padehal tak tau pun.. hehe takpe tak kisah pun.. so dinner??
Iwan : Hmm ok.. Nanti I kontek u later..
Sasha : Ok... call tau !! (Sasha dengan penuh manja..)
Iwan seolah membuat keputusan untuk meneruskan perjuangannya memikat Sasha tetapi tidak lama selepas itu, berbunyi handphone Iwan menandakan menerima sms..
“If you think that we should be together pick me up at 8 and then kita gi dinner.. kalau rasa kita patut stay kawan.. takyah datang.. jangan risau aku takkan salahkan ko… lepas ni kalau jumpa pun kita buat cam benda nih tak pernah berlaku dan buat cam biasa........... “ Sender : Zurina. Semakin tertekan Iwan. Lalu bergegas Iwan pergi ke pejebat bosnya dan meminta cuti dengan memberi alasan sakit kepala. Iwan terus pulang ke rumah dan terus tidur.

Setelah hamper 5 jam Iwan tidur, Iwan terjaga lebih kurang pukul 5 petang. Dia menyedari dia mempunyai 3 jam untuk membuat keputusan samada untuk pergi menjemput Sasha untuk menyambut harijadinya ataupun pergi menjemput Zurina. Pada masa ini, Diana sudah tidak menjadi salah satu dari pilihan dirinya. Perlahan-lahan Iwan bangun dan terus pergi menghadap televisyen dan menonton televisyen sehingga pukul 7 malam. Tiba masa untuk Iwan bersiap untuk keluar. Iwan masih lagi berfikir ke manakah yang perlu dia pergi? Tanda tanya itu terus terus mejadi persoalan.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Iwan pun keluar, menghidupkan motosikalnya dan bertolak pergi. Iwan telah pun membuat keputusan. Iwan terus membawa motosikalnya menghala ke rumahnya. Terasa juga sekali-sekala dia risau jika pilihannya ini bakal membuat dia berasa menyesal di kemudian hari tetapi Iwan tetap meneruskan perjalanan ke rumahnya sehingga lagi 500 meter untuk tiba di pintu muka rumahnya itu...
Iwan tersedar....
Iwan : Apa aku buat nih??? Terang-terang dia yang patut aku kejarkan........
Iwan pun terus tanpa rasa sangsi berpatah balik menuju ke rumah perempuan yang dirasakan sesuai bagi dirinya. Tibanya di pintu pagar rumah itu, kelihatan 'Sasha' sudah pun menunggu dirinya di luar rumah....


THE END

Labels:

Tuesday, June 06, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 9

"Sorry aku takleh nak pegi, harap ko faham. Bukannya aku sakit kepala pun, tu just alasan untuk bagitau Reza... anyway,

It can't be, it probably isn't, that's what I believed
There's no way that I could love you
It's just jealousy, I must be lonely
I tried fooling myself, but I can't hide it any longer

They say we're not good together, that we should just be friends
One to ten, we can't agree on anything,
How can we be together? It's not an option
I kept telling myself, but I don't want to do it anymore

Why couldn't I see it was you?
Why couldn't I see you when you were right before my eyes?
You were beside me all along
It's now that I finally see you
I Think I Love You
It must be true
Cause I Miss You
Whenever you're not here
I can't do anything
I keep thinking of you
Seeing what's happening,
I`m Falling For You
I didn't know, Now I Need You
Sometime, in the depths of my heart
I can see that you've taken root in my soul


Jangan gelak.. :p "

Iwan terdiam. Iwan bersendiri di atas batu sambil melihat rakan-rakannya yang lain bersukaria, bergelak ketawa sementara Iwan pula berfikir panjang mengenai apa yang Zurina rasakan dan apakah tindakan yang perlu Iwan ambil supaya kedua-dua berpuas hati dan mengharap itu adalah tindakan terbaik yang perlu diambil. Iwan juga sedar akan risiko yang perlu diambil berat kerana tersilap langkah hubungan persahabatan mereka mampu tergugat.

Semua orang kelihatan tidak menyedari Iwan yang kelihatan bingung dan runsing. Hanya Reza yang perasan. Reza pun bergerak menuju ke Suhaimi dengan mengganggap Suhaimi pasti tahu apa yang telah berlaku.
Reza : Mi, apesal dengan Iwan tu?? Nampak lain macam jer....
Suhaimi : Aku pun tak sure. Tapi apa yang aku nampak, dia macam ade problem... Ko lepak dulu... jangan cakap pape... biar aku cakap dengan dia dulu.. nanti dia dah ready dia citer aa tu ngan kita suma...
Reza : Eloklaa tu... ko gi aa cakap ngan dia dulu...
Suhaimi : Ok...

Suhaimi bergerak menuju ke batu yang Iwan duduki....
Suhaimi : Weh bro... sana sket... kasik aku duduk... bontot aku dah laa besar.. haha
Iwan : Opp... besar ni cukup??? Hehe
Suhaimi : Haa ok ok... Kenapa ngan ko nih? Lain macam je aku tgk... Ade problem ker?
Iwan : Problem? Hmmm... ye kot.... nah baca nih...
Iwan memberikan surat yang dikirimkan oleh Zurina kepada Suhaimi. Iwan terlalu runsing untuk menceritakan dan memberikan sahaja surat tu kepadanya. Suhaimi tekun membaca surat tersebut.

Suhaimi : Hmm ko pikirlaa masak-masak.. mane yang terbaik.. aku tau ko akan buat keputusan yang baik.. just skang ni.. enjoy ngan kitaorg dulu.. takkan ko nak spoil kan budak-budak ni tengah seronok??? Aku tau susah tapi ko cuba lupakan dulu hal ni.. nanti ko pikir sorang-sorang kat rumah nanti.. Ok?
Iwan : Ok.. Aku cuba...
Jelas kelihatan Iwan mempunyai masalah tapi dia mengawal perasaannya dan cuba bergembira bersama rakan-rakannya. Haru-biru Iwan dibuatnya. Zurina adalah rakan wanita yang rapat baginya tetapi sekalipun tidak terlintas di dalam fikiran Iwan yang hubungannya dengan Zurina akan menjadi lebih dari kawan. Dia hanya mengganggap Zurina sebagai rakan wanita yang 'sempoi' dan mempu memahami perasaannya. Kerap Iwan menceritakan masalahnya kepada Zurina. Masalah keluarganya, masalah perempuan mengenai Iwan yang agak pemalu apabila berhadapan dengan perempuan dan pernah juga Iwan menceritakan masalah yang timbul di tempat kerjanya. Boleh dikatakan semua masalah telah diceritakan kepada Zurina. Ini adalah kerana Iwan mempercayai Zurina dan Iwan merasakan dengan menceritakan masalahnya kepada seorang wanita lebih senang berbanding daripada menceritakan kepada rakan lelaki. Ini adalah kerana apabila Iwan menceritakan masalahnya kepada Zurina, Zurina tidak pernah mentertawakan Iwan sebaliknya sering memberikan nasihat yang berguna dan memberi Iwan semangat dikala Iwan down. Jika diceritakan kepada rakan lelakinya tidak semestinya dia akan mendapat nasihat akan bagaimana untuk mengatasinya malah kadang-kala akan menerima kritikan dan ditertawakan. Iwan tidak pernah mempunyai rakan wanita serapat Zurina. Iwan baru dalam hal sebegini yang membuatkan Iwan ingin lagi rapat dengan Zurina kerana dia terasa seronok berkawan dengan wanita memandangkan dia tidak mempunyai pengalaman berkawan dengan seorang wanita. Apa yang tidak disedari Iwan adalah, semakin rapat Iwan terhadap Zurina, semakin kuat kepercayaan Zurina terhadap Iwan dan sekaligus ini telah membuatkan Zurina lebih banyak peluang untuk melihat betapa baiknya Iwan dan mengenali Iwan dengan lebih mendalam telah melahirkan rasa cinta Zurina terhadap Iwan. Ini adalah antara sebab yang ada orang mengatakan bahawa hubungan kawan yang rapat antara lelaki dan perempuan seolah-olah tidak wujud kerana ia pasti membawa ke hubungan sebagai sepasang kekasih.

Menyedari situasi ini, Iwan berfikir panjang. Dalam perjalanan pulang dari Ulu yam itu, Iwan tidak berkata sepatah pun. Iwan berfikir di sepanjang perjalanan pulang. Semua orang telah menyedari Iwan mempunyai masalah pada waktu ini dan semua orang berpura-pura tidak menyedari apa-apa dengan harapan Iwan tidak terganggu dan mampu membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya dan akan datang menceritakan kepada semua orang apabila dia bersedia.

Tiba-tiba Iwan mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon Zurina. Tenang Iwan menunggu untuk Zurina menjawab telefon tetapi panggilan kali pertamanya tidak diangkat Zurina. Iwan tahu yang Zurina sengaja tidak menjawab panggilan teledonnya itu. Iwan menelefon Zurina sekali lagi dan kali ini Zurina menjawab...
Zurina : Hallo (suara penuh kerisauan..)
Iwan : Hello... aku dah bace surat yang ko kirim kat aku tu. Boleh tak aku nak jumpa ko sekejap kat Kapunam lagi 30 minit. Aku nak bincang pasal benda ni face-to-face... Aku rasa tak sesuai cakap through phone....
Zurina : Er er er.. ok.... Jumpa kat sana kul 4 30....
Iwan : Orait.. jumpa sana kay..

Labels:

Wednesday, May 31, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 8

Iwan tidak sabar menanti janji Zurina untuk menceritakan kepadanya siapakah lelaki pilihan Zurina. Kadang-kala terfikir juga bagaimana kalau dia yang Zurina suka kerana secara logiknya mereka berdua memang rapat. Mereka juga sering meluahkan perasaan sesama sendiri yang secara tidak langsung membuatkan mereka mengenali isi hati masing-masing dengan lebih baik. Tidak pernah sekalipun Zurina menyatakan sebarang kata-kata atau menunjukkan tindakannya yang membuktikan dia menaruh harapan terhadap Iwan.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi dan Iwan masih belum tidur. Banyak perkara yang bermain di dalam fikirannya ketika ini. Siapakah lelaki itu?? Iwan tidak pasti. Iwan mahu mengetahui siapakah lelaki itu. Jika Zurina memberitahunya Iwan sudah bertekad untuk membantu Zurina untuk mendapatkan lelaki idamannya, tetapi jauh di sudut hati Iwan, dia risau bagaimana kalau lelaki itu adalah dirinya sendiri??? Jelas dia sukar untuk menerima Zurina kerana kini dia ingin memikat Sasha yang ada harapan masih menaruh harapan terhadap Reza walaupun Reza sudahpun berpunya dan dia juga masih tidak boleh melupakan Diana yang kadang-kala datang dan pergi mengikut kehendaknya sendiri. Malah mereka juga kerap juga berselisih faham dalam perbincangan. Tetapi semuanya hanya sementara.

Iwan terus bingung. Rase excited yang membuak-buak sebentar tadi telah berubah menjadi perasaan yang amat complicated. Iwan sedar dia tidak sepatutnya risau dan berfikir panjang terhadap perkara sebegini. Iwan sedar dia harus berbincang dengan seseorang mengenai hal ini. Iwan mencapai telefon dan memelefon Reza. “Tuuut tuuuuuut tuuut tuuuuuuut..”, bunyi dialing tone terus kedengaran. Kelihatan seperti Reza sudahpun tidur. Maklumlah, besok memerlukan tenaga yang banyak untuk bersuka-ria dan tambahan pula sekarang sudahpun pukul 1 30 pagi.

Sebaik sahaja Iwan meletak telefonnya. “ Kringgg kringgg”. Telefon nya berbunyi.....
Iwan : Hallo...
Suhaimi : Hallo, Iwan.... good you are still up.. nak mintak tolong sikit boleh??
Iwan : Mintak tolong apa??
Suhaimi : Besok tolong datang rumah aku dulu sebelum pegi kumpul kat rumah Megat, boleh?? Nak mintak tolong ko bawak kereta gi sana. Akunya kereta rosak aa dude,skali laa dengan Azlin, boleh tak??
Iwan : Haaa takde hal. Boleh je, lagipun aku gi ngan kereta aku ngan Megi jer pun... bolehlah kalau nak masuk dua orang lagi.
Suhaimi :Oklaa Iwan, nak cakap tu je sebenarnya. Datang amik aku dalam kul 8 pagi.
Iwan : Orait.
Suhaimi : Ok, aku chow dulu.
Iwan : Eh, kejap.... ko dah nak tido ker??
Suhaimi : Camtulah gamak nye. Kenape??
Iwan : Hmm kalau ko free... ingat nak ajak lepak Kapunam jap.
Suhaimi : Weh melampau aaa dah pukul baper dah ni??? Dahlaa aku baru balik dari situ. Mak ai, amik aku sudaaaaa.... kereta aku rosak kot.... hehehe
Iwan : Hahahaha ok ok.... japgi aku sampai.
Suhaimi : Orait...

Iwan pun terus bersiap dan menjemput Suhaimi di rumahnya. Iwan terasa yang dia perlu juga berbincang dengan seseorang sebelum besok. Kerana besok macam-macam benda boleh jadi jadi dia perlu berbincang untuk bersedia agar tindakan yang diambil tidak bodoh dan yang paling penting boleh menjaga hati dan perasaan Zurina. Setibanya di Kapunam....
Iwan : Sorrylaa mi, malam-malam ajak lepak.
Suhaimi : Kita dua je ker ??
Iwan : A ah...
Suhaimi : Haa apehal ni?? What happen?? Mesti ade benda kan?
Iwan : Hmm adelah benda sket aku nak ajak bincang...
Suhaimi : Ooo ok.. teruskan... aku mendengar...
Iwan : Camni.... ade satu hari ni, aku lepak dengan Zurina dua orang kat sini. Dia nampak down aaa. Aku pun tanye aa kat dia, ape probelm dia kan. Pujuk punya pujuk last sekali dia cerita jugak laa kat aku.
Suhaimi : Ceirta ape?
Iwan : Dia ade minat sorang mamat ni tapi mamat tu cam minat orang lain so dia cam dok pikir samada dia nak teruskan suka dia atau lupakan dia. Kira dia cam blur aa ape nak buat..
Suhaimi : Pastu mamat tu ko??
Iwan : Haa that is the problem. Dia tak bagitau lagi sapa mamat tu tapi ade sikit terasa cam ade harapan tu aku. Bukan perasan tapi macam mana kalau betul-betul aku ?? Aku hanya anggap dia member rapat aku. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk lebih dari kawan bila dengan dia.
Suhaimi : Hmmm.... sebenarnya aku ade nampak sedikit aaa yang dia minat ko.
Iwan : Apsal tak bagitau aku???
Suhaimi : Hehe nak cakap camner?? Kalau aku cakap itu maybe buat ko ngan dia dah tak serapat dulu and macam mana kalau aku salah?? Aku agak je.
Iwan : Hmmm… tu yang aku risau tu. Zurina banyak tolong aku. Bila problem pompuan banyak gak dia ajar camne nak solve. Aku pun risau hubungan aku dengan dia b erubah dah tak macam dulu.
Suhaimi : So ko plan nak buat camne ??
Iwan : Tu yang aku tak tau ni. Dia kata kalau ade masa besok dia akan cerita. Cuak gak aku.
Suhaimi : Hmmm aku rasa aa. Ko balik tidur je. Pastu besok just act macam takde apa-apa yang berlaku antara ko dengan dia. We need your energy tomorrow to make our picnic fun and if she tell you that he was you.. just go with your instinct. Kalau nak tolak pun, tolak cara baik. Tapi ade gak harapan lelaki tu bukan ko. Ko risau sangat ni.... lek lek... hihi
Iwan : Hmm ok. I’ll try.
Mereka pun beredar dari Kapunam dan pulang tidur.

Pada keesokan harinya, semua orang hadir dan menjalankan tugas seperti yang telah dirancangkan. Suhaimi jarang sekali gagal dalam melaksanakan tugasnya dalam mengelola aktiviti. Tiba di Ulu yam, Iwan mencari Zurina tetapi Zurina tidak juga kelihatan. Iwan bertanya kepada Reza kerana Zurina sepatutnya datang bersama-sama Reza.
Iwan : Zurina mana? Tak datang?
Reza : Haa aku gi umah dia tadi pastu dia kata dia takleh pergi pasal dia sakit kepala. Haa apsal ko call aku malam semalam? Aku dah tido aa bro...
Iwan : Laa ye ke... takde pape. Ingat nak ajak Kapunam sepam dua.. hehe
Reza : Mak Oi dah pagi buta Kapunam lagi?? By the way, dia kasik benda ni suruh kasik kat ko. Katenye 'Top Secret.'
Iwan : Oooo ok...

Iwan tertanya-tanya apakah kandungan sampul surat yang dikirim oleh Zurina kepadanya. Iwan pergi ke atas batu dan membaca kandungan surat itu bersendirian. Iwan terkejut dengan isi kandungan surat tersebut.........

Labels:

Monday, May 22, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 7

Zurina tidak juga memberitahu Iwan siapakah orangnya walaupun Iwan berkali-kali memujuk untuk Zurina berterus-terang dengan dirinya. Iwan masih lagi tertanya-tanya siapakah lelaki yang bermain di fikiran Zurina itu. Iwan menghormati keputusan Zurina untuk tidak memberitahunya lagi malah Zurina berjanji akan memberitahu Iwan apabila tiba masa yang sesuai. Iwan hanya mampu menurut.

Iwan sudah mengantuk. Beberapa minit selepas dia menutup lampu biliknya. Telefonnya berbunyi...
Iwan : Hallop...
Diana : Hi... tengah buat ape tuh??
Iwan : Dah nak tido dah actually. Kenape telefon malam-malam buta nih? Ada hal penting ker?
Diana : Lor, do i need a reason everytime I terasa nak call you?? Dah rindu nak buat macam mana??
Iwan : Hmm takdelah kena ade sebab setiap kali nak call tapi skang dah lewat. I kerja besok. You tak kerja ke besok??
Diana : Tak kot.. malaslaa nak gi kerja. My dad selalu suruh I pergi site. Panas !!
Iwan : Mak ai. Inilah dia kalau kerja dengan company bapak sendiri. Seronok je tiap-tiap hari.
Diana : Tu laa I suruh masuk kerja sini you tak nak. I boleh recommend kat my dad.
Iwan : Hmm takpe. Kang your dad suruh I pergi site. I tak suka panas-panas nih hahaha
Diana : Ooo perli yer??? Tak nak kawan !! Hmmph !
Iwan : You merajuk ker? Hehe oklaa I nak kena tido nih. Besok nak kena bangun awal.
Diana : Yelaa yelaa. Dah orang taknak cakap dengan kite nak buat macam mane kan??
Iwan : Ak elaaa... nantilah I call you bebila.
Diana : Janji tau !
Iwan : Haaaa... Bye.
Diana : Byeeeeeee...

“Haiyaaa Diana. Saja je nak kasik aku tak lupa ko. Bijak... Bijak....”, Iwan terfikir sendiri. Diana tidak mahukan perhubungan yang serius tetapi dia mahukan perhubungan sebegini berterusan. Inilah yang membuatkan Iwan bingung dan buntu sekali-sekala. Tetapi dengan kehadiran Sasha didalam kehidupannya mampu merubah segalanya. Cuma apa yang perlu dilakukan ialah Iwan harus mengalih pandangan Sasha dari Reza kepada dirinya. Bagaimana untuk melakukan masih menjadi tanda tanya kepada dirinya.

Pada keesokkan harinya, Suhaimi pulang dari Sarawak. Hanya Azlin yang pergi menjemput Suhaimi di lapangan terbang memandangkan orang lain tidak dapat pergi kerana harus pergi bekerja. Disebabkan sudah hampir 3 minggu tidak berjumpa dengan Suhaimi, mereka bercadang untuk makan malam bersama-sama pada malam ini di sebuah restoran yang agak high class iaitu ‘Cabai’. Setiap kali, sambutan harijadi atau sambutan yang hendak dilakukan mesti mereka berkunjung ke restoran tersebut. Ini adalah kerana makanan yang lazat malah juga menyediakan layanan yang mesra dari para pekerja serta suasana yang seolah-olah berada di negara Mexico.

Iwan menjemput Sasha untuk turut serta menemani dirinya. Sasha bersetuju. Iwan dan Sasha pergi sejurus selepas waktu bekerja walaupun masa yang dijanjikan pada pukul 8 malam. Iwan ingin mengambil kesempatan ini untuk berada lebih lama bersama Sasha. Mereka berjalan-jalan di kedai-kedai yang lain di bangunan itu. Kini Iwan terasa hubungannya dengan Sasha lebih rapat sejak berbual panjang mengenai keluarga, hobi dan sebagainya. Makin banyak yang diperbualkan, makin suka Iwan terhadap Sasha kerana tanpa disedari mereka mempunyai banyak persamaan dari segi minat dan kecenderungan. Kedua-duanya meminati sukan Bola Tampar dan mereka berdua juga meminati aktiviti yang lasak seperti water rafting dan aktiviti mendaki gunung. Ini adalah beberapa contoh yang menunjukkan mereka secocok.

Iwan tidak menyedari pada ketika itu, Zurina turut berada di situ dan melihat Iwan dan Sasha berdua-duaan penuh kemesraan. Zurina tidak mengambil apa-apa tindakan kerana khuatir akan tindakan yang diambil mampu mengganggu ketenteraman Iwan. Zurina hanya cool dan buat-buat tak nampak.

Mereka semua tiba di restoran lebih kurang pukul 8.30 malam. Iwan, Sasha, Zurina, Reza, Azura, Megat, Fiza, Suhaimi, Azlin, Megi dan Jack kesemuanya berkumpul dan makan malam bersama-sama.
Suhaimi : Nice... Hehehehe
Iwan : Hehe thanks...
Suhaimi baru berjumpa dengan Sasha buat pertama kali.
Suhaimi : Megi... where’s your partner??
Megi : Hehe arini aku single.. hehehe.. kasik can orang lain pulak bawak partner.
Suhaimi : Padahal malas nak tunjuk kat orang lain. Kitaorang boleh je ngam dengan amoi. Hehe...
Megi : Hahaha lain kalilah. Dia tak boleh datang malam ni. Ada hal.
Suhaimi : Make sure next time you bring her. Nak jugak berkenalan. Takkan tak boleh?
Megi : Eh boleh boleh... hehe
Suhaimi : Whatcha guys doing this Sunday?? Jom picnic kat Ulu Yam. Lama tak pegi sana.
Reza : Selamber....
Iwan : Sesuai... dah lama tak makan Azlin masak. Hehehe...
Azlin : I boleh je kalau nak suruh masak.
Jack : Haaa tu yang buat nak pergi tuh... hehe... kita buat Bbq laa kat sana. Best woo... aku bawak Bbq Set aku.
Megat : Aku setuju. Aku dengan Fiza naik kereta Reza. Hehehe
Reza : Macam siut malas drive. Ok settle. Kita pergi Ulu Yam ahad ni.
Zurina : Ok aku pergi, sounds like fun. Sasha???
Sasha : I tak pergi kot rasanya. Ada hal yang perlu diselesaikan. But you guys have fun kay.
Jack : We’ll do... hehehe...

Iwan sedikit kecewa mengetahui bahawa Sasha tidak dapat turut serta. Iwan tidak memaksa. Walaupun Iwan akan lebih bersemangat dengan kehadiran Sasha tetapi dia juga excited kerana aktiviti sebegini jarang-jarang diadakan. Suhaimi sahaja yang rajin mengendalikan aktiviti sebegini dan dibantu oleh Azlin yang tidak pernah berasa jemu menyediakan makanan. Mereka berdua memang sepadan kerana kedua-duanya mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

Tiba hari Sabtu, sehari sebelum rombongan ke Ulu Yam, Suhaimi memberi sms kepada semua orang mengenai butiran seperti pukul berapa hendak bergerak dan beberapa tugasan juga diberikan kepada orang lain supaya kerja menjadi lebih senang dan semua orang perlu bekerjasama melaksanakan tugasan yang ditetapkan oleh Suhaimi. Iwan ditugaskan untuk membeli arang dan membawanya ke sana. Iwan sudah pun mengetahui tugasannya itu kerana dia sering diberi tugasan yang sama setiap kali mereka ingin mengadakan Bbq. Tugasan yang sama diberikan setiap kali membuatkan seseorang lebih cekap dalam menjalankan tugasan.

Iwan pun pergi membeli arang di Kedai Apu berdekatan dengan rumahnya dan meletakkan di sebelah beg yang ingin dibawa bersama pada keesokkan harinya. Iwan sudah pun bersedia dan tidak sabar untuk pergi. “ti-tit, ti-tit”... Handphone Iwan berbunyi..
"Sender : Zurina
Dah tido ker? Arang dah beli belum? Jangan lupa kang semua orang tak makan. Besok kalau ada masa dan keadaan yang sesuai aku akan bagitau ko sapa ‘mamat’ tu.....", kandungan yang tertulis di handphone Iwan.

Labels:

Saturday, May 06, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 6

Macam-macam perkara yang bermain di fikiran Iwan pada ketika ini, tetapi yang paling difikirkannya ialah kenapa Sasha begitu gembira apabila mendengar bahawa Reza turut hadir ke Kapunam sebentar lagi. Dari pandangan Iwan, dia dapat merasakan yang Sasha menaruh perasaan terhadap Reza. Al-maklumlah, Reza adalah orang yang mempunyai ramai peminat kerana dia memiliki rupa yang seakan-akan orang Eropah. Ini adalah kerana warganegara ibu Reza adalah Sweden maka Reza adalah kacukan Melayu-Sweden. Di samping itu, Reza juga mampu memikat dengan bentuk badannya sehinggakan dia sekarang bekerja sebagai model sambilan dalam beberapa iklan.

Ini bukan kali pertama perkara sebegini berlaku. Suatu ketika dahulu, Jack juga pernah kehilangan perempuan yang disukai kepada Reza dengan hanya sekali pertemuan. Tetapi tidak ada yang boleh membuatkan Reza dipersalahkan. Iwan sedar akan perkara itu, malah menganggap ini adalah sebagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi. Mungkin Iwan tidak mempunyai rupa yang hensem dan tubuh seperti model, tetapi dengan muka biasa dan badan yang sedikit kurus kering itu mampu mengubah hati seorang gadis dengan akal dan hati yang mulia. Bak kata pepatah orang Inggeris, ‘There’s somebody for everybody...
Iwan : Kenapa awak excited bila dengar Reza ada??
Sasha : Hihihi, Reza tu hensem lah. Dia ade girlfrined tak?? Hehehe
Iwan:Hmm takde rasanya. Saya pun tak sure.
Sasha : Oo ye ke. Tak sangka ye orang macam itu punya hensem pun takde girlfriend.
Iwan : Mungkin jodoh dia tak sampai lagik.
Sasha : Mungkin..

Iwan menyambung perbualan itu dengan tenang walaupun sebenarnya Iwan sedikit terasa kecewa kerana dia mahu membawa Sasha ke Kapunam dan memperkenalkan kepada kawan-kawannya dengan harapan Sasha akan lebih intim dengan dirinya jika berkenalan dengan kawan-kawannya tetapi usahanya itu telah berubah seolah-olah membawa berita baik kepada Reza. Iwan yakin jika Reza mengetahui bahawa Sasha menaruh perasaan terhadapnya, pasti Reza tidak akan melepaskan peluang untuk berkawan dengan gadis secantik Sasha.

Iwan perlahan-lahan membawa motosikalnya perlahan-lahan kerana Iwan sudah tidak beria-ia untuk Kapunam sebenarnya. Ada juga terlintas di fikiran Iwan untuk membatalkan sahaja niat ke Kapunam dan berpura-pura sakit kepala kerana sudah tidak ada faedahnya ke sana. Namun kerana janji terhadap rakan-rakannya, Iwan tetap pergi ke Kapunam. Setibanya di Kapunam...
Iwan : Siapa pulak ni??
Reza : Haaa ini Azura. My girlfriend.
Iwan : Apsal aku tak tau????? Kenapa korang suma tau, aku tak tau??
Reza : Chill Iwan.. Chill.. diaorg pun baru tau arini. Sebenarnya dah lama tapi aku saja malas nak bawak jumpa korang awal-awal.

Iwan tersenyum kerana Reza membawa teman dan ini bermakna Sasha juga dapat melihat dengan matanya sendiri bahawa Reza sudah diambil orang. Raut wajah Sasha kelihatan sedikit kecewa tetapi inilah kenyataan yang perlu diterima. Semua orang ada di Kapunam di malam itu. Jack, Megi, Megat, Fiza, Azlin, Zurina, Reza, Azura, Iwan dan Sasha. Mereka kelihatan sungguh rapat sekali walaupun Azura dan Sasha baru didalam kumpulan ini. Hanya seorang sahaja yang tidak ada di sini iaitu Suhaimi yang masih di Sarawak kerana urusan kerjanya. Dia akan kembali pada minggu hadapan.

Mereka semua telah penat dan bercadang untuk pulang ke rumah masing-masing. Iwan pun menghantar Sasha pulang dan Iwan pun pulang ke rumahnya sambil tersenyum di sepanjang perjalanan pulangnya itu. Walaupun Sasha seperti menaruh harapan kepada Reza tetapi kini saingannya itu sudah tiada lagi. Dia merasakan bahawa peluangnya terbuka luas. Dalam perjalanan pulang, Iwan ternampak Zurina masih di Kapunam bersendirian. Tergerak hati Iwan untuk singgah sebentar bertanyakan khabar memandangkan Zurina adalah rakan baiknya.
Iwan:Hasnan.... teh tareeee onneeee....
Hasnan:Baik...
Zurina:Eh ko bukan dah balik ker ?
Iwan:Takde, aku hantar Sasha balik dulu tadi pastu ternampak ko kat sini lagi, ko kenape ni ? Nampak down je....
Zurina:Oo ye ke.. takde pape.. saje rase nak lepak lagi, tak ngantuk lagipun.
Iwan:Ko ingat kita baru kenal ke?? Aku tau ko ade problem.. cuba citer kat aku, at least dapat ko release tension ko. Tak baik simpan dalam lama-lama.
Zurina:Betul takde pape.
Iwan:Jangan tipu aku. Aku tau ko, lagipun ko boleh percaya aku. Bila aku ada problem selama ini mesti aku carik ko, and this time maybe i could return the favor...

Zurina terdiam seketika memikirkan apa yang diperkatakan oleh Iwan itu. Ternyata bahawa Zurina mempunyai masalah tetapi tidak begitu yakin adakah dengan menceritakan masalahnya kepada Iwan dapat membantu.
Iwan : Aku takkan balik selagi ko macam ni. Aku tak sampai hati tengok ko down macam ni. What have you done to Zurina?? Bring her back !!! hehehe..

Terukir sedikit senyuman di muka Zurina terdengar kata-kata Iwan itu.

Zurina : Oklaa.. aku citer. Tapi ko kena janji, jangan bagitau sapa-sapa pasal takde sapa pun pasal hal ni.
Iwan:Laaaa takkanlah aku nak citer kat orang lain pulak?? Bukan dapat duit pun.. hehe
Zurina : Hmm... macam ni sebenarnye... Aku ada suka sorang mamat ni dah lama tapi dia ada minat orang lain...
Iwan:Aku dah agak dah, mesti pasal cinta punyaaa... hahaha
Zurina:Ko nak dengar ke nak gelakkan aku??
Iwan:Sorry... sorry aku dengar... teruskan tuan puteri...
Zurina:Ok, as i said before... aku ada minat sorang mamat ni tapi dia suka orang lain. Lama jugaklah aku suka dia tapi aku tak tau nak buat camne, pasal aku tahu dia takkan suka aku. Dia pernah even cerita kat aku, type perempuan yang dia suka dan aku satu pun takde yang dekat dengan ciri-ciri yang dia nak. So sekarang aku macam tengah pikir samada nak stay and wait for my chances or just forget him and move on.
By the way, apa yang buat ko start nak lupakan Diana??
Iwan : Hmmm Diana.. aku dah cuba dan cuba tapi hasil langsung tak nampak. Yang aku nampak dia akan carik aku bila dia boring. Dia memang player.
Zurina : Aku tak tau nak buat macam mana dah.. nak lupakan pun aku dah lama gila suka dia..
Iwan : What can I say here is.. u have to decide if he is worth the wait??? Kalau ko tak boleh nak pikir satu pun kelemahan kat dia or ko yakin takde orang yang akan ko jumpa lebih baik dari dia, so you should wait for your chances. Kalau dia biasa je, just forget him pasal banyak lagi laki kat dunia. It’s not the end of the world pun kalau ko lupakan dia.. Aiceh.. So kesimpulannya, ko kena tanye hati ko sendiri mana yang terbaik. Fikir masak-masak dan buat keputusan.
Zurina : Hmmm.. banyak gak aku nak kena pikir..
Iwan : Anyway, boleh aku tau sapa yang ko suka ni?? Aku kenal tak dia??
Zurina : Hahahaha ko kenal sangat dia. Betul ko nak tau?? Macam mana kalau lepas ko tau, benda ni akan ubah hidup ko??
Iwan : Huish, sapa yang ko suka ni????
Iwan musykil..............

Labels:

Sunday, April 16, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 5

"Ok... Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya Rizwan atau panggil saja saya Iwan. Saya akan membawa anda semua jalan-jalan dalam kilang arini. Jadi bolehlah anda semua melihat sedikit sebanyak suasana bekerja disini. Haa ok, kenalkan diri sendiri mulai dari awak."
"Saya Rahim."
"Saya Aswandi, panggil saja Andy."
"Saya Tajudin, nak panggil Din pun ok gak."
"Nama saya Sasha...."
Mulai dari saat itu, Iwan tersenyum dan Iwan tidak dengar apa yang Sasha perkatakan dan pergerakan Sasha yang lemah lembut itu bagaikan didalam gerakan perlahan atau slow motion. Iwan bagaikan tidak percaya yang Sasha rupanya akan bekerja disini dan juga bakal berkhidmat dibawah pemerhatiannya. Iwan sudah terbayangkan bagaimana dia akan mula mengorak langkah untuk memiliki hati Sasha. Dia tahu dia tidak sepatutnya berfikir sedemikian tetapi sejak dia mengenali Diana, hatinya tidak pernah singgah ke orang lain dan inilah kali pertama dia menjumpai orang yang berjaya memikat hatinya.

Iwan pun menunjukkan kepada mereka suasana bekerja disitu dan menerangkan apa yang bakal mereka lakukan mulai besok. Semasa Iwan membawa mereka berjalan pusing di dalam kilang itu. Iwan perasan yang ramai pekerja lain yang melihat pergerakan Sasha. Iwan sudah dapat merasakan bahawa tidak mudah untuk menjinakkan burung merpati yang semanis ini. Tetapi Iwan tabah. Iwan sabar dan tidak mahu kelihatan terburu-buru.
"Hmm ok, dah pun tiba masa untuk rehat makan tengah hari. Kita sambung kemudian. Jumpa anda semua disini pada pukul 2 petang," Iwan menamatkan sesi pagi.
Sasha bergerak menuju ke arah Iwan.
"Awak makan dekat mana arini?? Boleh saya join sekali??"
Tanpa segan dan silu Iwan menjawab,”Eh mana-mana awak nak makan saya ikut saje.”
“Kita makan kat gerai yang semalam kita jumpa, nak??”
“Nak.... nak... hehehe”, Iwan cuba berlagak comel.
“Hihihi awak ni comel lah..”
Nampaknya Iwan berjaya didalam usahanya untuk berlagak comel. Mereka pun pergi makan di Restoran Maju Sokmo. Selepas mereka makan, mereka berborak dengan penuh mesra. Kelihatan seperti Sasha telah memberi response yang agak baik terhadap Iwan. Pelbagai topik yang diperbincangkan bersama. Kelihatan juga seperti Iwan bijak berjenaka kerana dari tadi gelak tawa Sasha sering kedengaran.

Dalam perjalanan Iwan dan Sasha ke kaunter pembayaran, mereka terserempak dengan Reza yang kebetulan datang makan di situ.
Reza : Woit makan tak ajak !!
Iwan : Mana aku tau ko nak makan sini... anyway, ni Sasha.
Sasha : Hi, I’m Sasha. Nice to meet you.
Reza : Hi, nama saya Reza. You too...
Iwan : Eh oklaa Reza, kitaorang chow dulu. Dah abis dah makan.
Reza : Ooo dah abis dah ker?? Baru ingat nak belanja.. hehe.. sile, sile....
Iwan dan Sasha pun beredar dari situ.

Iwan pun meneruskan kerjanya iaitu membawa orang-orang yang baru termasuk Sasha keliling kilang. Selepas itu, Iwan terus pulang ke rumah. Malam sebelum Iwan tidur, bunyi handphone Iwan berbunyi.... "ti-tit, ti-tit."
"Thanks for today.... hope we’ll be a good friend...", tersenyum lebar Iwan membaca sms yang dikirim oleh Sasha."Boleh-boleh... Nak jadik lebih dari friend pun boleee..", ujar Iwan keseorangan. Nampaknya Iwan sudah pun berjaya untuk mengalihkan pandangannya jauh dari Diana.

A week later...

Iwan menjalankan kerja-kerjanya di pejabat dengan lebih efisyen sejak kehadiran Sasha di kilang iu. Iwan telah mendapat semangat baru untuk bekerja. Iwan kini tiba awal di office dan sengaja pulang lewat sehingga Sasha balik barulah dia akan balik. Selagi Sasha berada di office selagi itulah dia akan berada di meja tempat kerjanya. Walaupun tidak banyak yang boleh dilakukan, dia berpura-pura seperti sibuk bekerja. Kebetulan meja Sasha bekerja berada di tempat yang sesuai untuk Iwan memerhatinya.

Iwan mahukan hubungan yang lebih rapat. Iwan mahu mengajak Sasha keluar. Keluar pergi menonton wayang dan makan malam bersama di restoran yang agak fancy. Iwan mahu mengajak Sasha pergi melepak bersama rakan-rakannya di Kapunam dan memperkenalkan dia sebagai temannya. Tetapi segala niat Iwan terbantut kerana satu perkataan..'segan'.
Megat : Ko kena cakap kat dia apa yang ko mahukan. Nak ajak keluar tengok wayang ke, nak gi makan ke, nak gi pasar malam sama-sama ke, nak gi lunch sekali ke, semua tu ko kena cakap. Kalau ko tak cuba, dah confirm takkan jadi, kalau ko cuba ko ade 50% yang ko akan berjaya. Better do something than nothing.

Kata-kata Megat itu sering kedengaran didalam kepala Iwan. Iwan mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen. Dia mengambil keputusan untuk menulis dahulu beberapa cara untuk bercakap dengan Sasha, dan kemudian daripada pilihan itu dia akan pilih yang manakah yang paling terbaik untuk dia gunakan untuk memulakan perbualan.

Pada keesokan harinya, dia telah mendapat semangat baru lalu dia mengorak langkah ke arah meja Sasha.
Iwan : Ini ada lagi order yang baru masuk hari ini. Awak tolong check kan yer.
Sasha : Oo ok...
Iwan : er.. er.. mmm... awak free tak malam nih? Maybe we could catch a movie or maybe dinner??
Sasha : Hmmm ok gak tu. Nak jumpa kat mana??
Iwan : ooo mmm.. Takpe saya jemput awak kat rumah, if you could me your address.
Sasha : Ooo kejap yer..
Sasha pun menulis alamat rumahnya di sekeping kertas lalu memberikannya kepada Iwan.
Iwan : I’ll pick you up at 8??
Sasha : Ok..

Beredarnya Iwan dari situ, Iwan berasa amat lega dan pada masa yang sama terasa seakan jantungnya terhenti seketika. Iwan tidak dapat menahan perasaannya yang amat gembira itu sehinggakan dia tersenyum sendiri. Dia merasakan yang malam ini adalah peluang bagi dirinya untuk membuktikan bahawa dirinya adalah boyfriend material.

Tepat pukul 8 malam, Iwan tiba di hadapan rumah Sasha dan menjemputnya keluar. Mereka pun pergi menonton wayang bersama dan makan malam bersama-sama. Mereka bergelak ketawa seolah-olah mereka sepasang kekasih. Jam sudah pun menunjukkan pukul 11 malam. Iwan bercadang untuk membawa Sasha ke Kapunam memperkenalkan Sasha kepada rakan yang lain.
Iwan : Awak nak balik terus atau awak nak pergi minum dulu?
Sasha : Minum kat mane???
Iwan : Dekat dengan rumah saya, kawan-kawan saya pun ada kat sana.
Sasha : Oo Reza ada skali??
Iwan : Ade..
Sasha : Ooo ye ke. Then I’m in.

"Kenapa Reza??", Iwan terfikir sendiri melihat Sasha excited selepas mengetahui Reza akan turut ada di sana…..

Labels:

Wednesday, April 05, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 4

Azlin : Tu siapa?? You all nye kawan ker?
Megi : Ish tak kot. Kalau tak mesti aku kenal... kehkehkeh
Jack : Melampau betul Iwan. Nampak je, terus tinggal kita.
Reza : Tu takpe, dia tengah dok cerita sekali dia blah, cerita separuh jalan.
Azlin : Apa agaknya yang diaorg tengah bercakap tu eh?? Siap perempuan tu senyum-senyum lagi... rase ko kena belajar dengan Iwan laa Megi... hehehe
Megi : ces...

Sibuk mereka memikirkan apa yang sebenarnya Iwan lakukan. Tindakan Iwan ini adalah sungguh luar biasa dan mereka tidak pernah melihat Iwan sebegini agresif. Kelihatan seperti Iwan dan perempuan misteri itu berbual mesra dari sudut pandangan mereka.
Iwan : Hi... awak Sasha kan??
Sasha : Eh??!! Macam mana awak tahu nama saya?
Iwan : Awak tak ingat ker? Kita pernah amik satu kelas sama-sama kat kolej dulu. Awak Politeknik Jitra jugak kan?? Awak junior tapi saya ade repeat satu kelas amik sama dengan batch awak.
Sasha : Ooo a ah. Baru saya ingat, awak dah lain sekarang eh? Dulu awak rambut panjang, sekarang dah kemas. Makin hensem, hampir tak kenal tadi.
Iwan : Hehe.. Sekarang dah kerja, rambut kena pendek. Anyway, this is my card... kalau awak bila-bila nak ade teman nak pergi mana-mana, I'm only one phone call away...
Sasha : ihik... ok... nanti saya call.. saya pergi dulu, kawan pun dah tunggu tu..
Iwan : Sile-sile.. jalan elok-elok.
Sasha : Ok...

Iwan pun kembali ke meja bersama rakan-rakannya. Setibanya di meja, rakan-rakannya mempersoalkan apa semuanya itu dan Iwan pun menceritakan bahawa perempuan tadi adalah juniornya di kolej dahulu. Iwan sebenarnya tidak pernah bercakap dengan perempuan itu sehinggalah sebentar tadi. Di zaman kolej dahulu, Iwan merupakan seorang yang tidak berapa rapat dengan perempuan. Iwan berasa malu dan segan apabila bersua dengan perempuan. Apa yang mahu diperkatakan tidak terkeluar kerana perasaan gementar yang amat kuat apabila di hadapan perempuan.

Menyedari masalah yang dihadapi, Iwan selalu memperbincangkan perkara ini dengan rakan-rakannya yang lebih confident apabila dihadapan perempuan.Iwan kerap mendengar nasihat Suhaimi kerana dia lebih tua dan dia pun telah membuktikan bahawa dia pun confident di hadapan perempuan. “Mula-mula ko kena cari kawan perempuan, sapa-sapa je. Jangan pompuan yang ko suka, nanti ko susah nak cakap pasal ko akan rasa malu sikit mula-mula. So ko start dengan pompuan yang ko tau yang dia bukan taste ko. So dengan cara ni ko baik macam mana pun dengan dia, ko takkan terpikat dengan dia. Lagi senang ko carik pompuan yang tau dia takkan suka ko... ahaha. Nanti ko akan lebih confident bila nak mengorat nanti.. hehe”, itulah nasihat Suhaimi kepada Iwan.

Sejak dari itu, Iwan pun mula menegur perempuan di dalam kelasnya sewaktu di kolej. Banyak perempuan telah dicuba tetapi disebabkan Suhaimi tidak mengajar 'How to approach for the first time??'Iwan tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan yang akhirnya mengakibatkan Iwan memalukan diri sendiri dan apa yang diusahakan tidak membuahkan hasil. Tiba-tiba pada suatu hari di dalam kelas English, Iwan diteguri oleh seorang 'tomboy'.
Tomboy : Ko tau dekat mana kelas Matematik kejap lagi??
Iwan : Bangunan depan dewan makan tingkat tiga belah kanan. Ko tak pernah pergi ke kelas matematik?? Arini dah kali ketiga dah.
Tomboy : Tulaa aritu dua-dua kali aku ada hal sikit tak boleh nak pergi.
Iwan : Oo ye ke. Anyway, nama aku Iwan. Ko?
Zurina : Nama aku Zurina. Panggil aku Zurri. Ko punya motor eh kat depan tu. Lawa tu!
Iwan : Aah. Itu dulu abang aku punya, pastu dia dah beli kereta dia turun dekat aku.
Zurri : ooo.. eh oklaa. Terima kasih eh.
Iwan : Ok.

Dan dari detik itulah, Iwan mengenali Zurri dan terus berkawan sehingga sekarang. Kebetulan Zurri pun tinggal berhampiran dengan rumah Iwan. Seperti yang dinasihati oleh Suhaimi, Iwan pun berbaik-baik dengan Zurri dengan tujuan untuk menaikkan tahap confidentnya apabila dihadapan perempuan nanti. Secara tidak langsung, Iwan juga sedikit sebanyak mula mengenali isi hati perempuan. Zurri juga turut ajar sedikit bagaimana hendak memulakan perbualan dengan perempuan yang baru kenal.

Daripada sinilah yang membuatkan Iwan yang sekarang ini sudah tidak gugup lagi apabila dihadapan perempuan sehinggakan boleh mengorat Sasha di sebuah restoran nasi kandar di tepi jalan. Jika Suhaimi dapat melihat saat kejadian ini, Suhaimi pasti berasa bangga bahawa Iwan telah pun menunjukkan kemajuan.

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Iwan pun bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Tetapi langkahnya terhenti apabila Boss nye Mr Chang ingin berbicara dengannya sebentar.
Mr Chang : Besok ada budak baru masuk ini kilang. I mau you and Rahim(juga supervisor di kilang tersebut) handle budak-budak baru itu. Ada 4 orang, 3 laki-laki, 1 perempuan. So besok you monitor mereka ini buat kerja dan juga bawak mereka jalan tunjuk kilang. Ok?
Iwan : Ok Mr Chang.
Iwan sebenarnya tidak rela untuk menjalankan tugas tersebut kerana dia tahu bahawa ini akan menangguhkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan besok kepada lusa. Dengan kata lain, Iwan harus cover kerja besok di hari seterusnya. Tetapi apakan daya Iwan. Iwan hanya akur dan melakukan kerjanya tanpa mengeluh.

Iwan bergegas pulang ke rumah untuk bersiap kerana malam ini adalah hari Megat pulang dari perantauan dan mereka telah pun berancang untuk makan malam bersama-sama. Fiza juga pulang bersama-sama Megat dari Jerman memandangkan 3 minggu sebelum Megat pulang, Megat menjemput Fiza ke sana untuk menghabiskan masa yang tinggal di sana bersama-sama. Kebetulan Fiza pun belum pernah ke sana. Dalam pada masa yang sama, boleh juga Fiza menolong Megat mengemas barang-barangnya.

Setelah sampai di sana, semua orang telah pun di sana dan Iwan adalah orang yang paling lewat. Iwan terus menuju ke arah Megat.
Iwan : Welcome home, dude..
Megat : Haha.. thanks, ko apa citer?? Sihat??
Iwan : Aku macam nih jelaaa...
Megat : Dengar citer dah takde ngan Diana. Good for you. Don’t worry, good things is waiting for you to discover..
Iwan : Harapnyalaa.. hehe
Mereka bersembang sehingga ke larut malam. Banyak perkara yang perlu Megat diberitahu mengenai perkembangan diantara mereka. Bergelak ketawa bersama-sama kembali. Walaupun Suhaimi sahaja yang tidak disini, tetapi mereka seronok menyambut kepulangan rakan yang sudah lama di perantauan. Mulai sekarang Megat akan terus bersama mereka kerana Megat akan bertugas di bawah tajaannya Petronas di Klpb, manakala Fiza sedang mengambil Masters in Business Administration(MBA) di Uitm Shah Alam. Mereka semua pulang ke rumah lebih kurang pukul 1 pagi. Iwan terus tidur.

Seperti biasa rutin harian, Iwan tiba di kilang nya lebih kurang pukul 8 pagi. Hari ini dia akan menjadi 'tour guide'. Mr Chang memberitahu bahawa mereka sudahpun menunggu di dalam biliknya. Apabila Iwan melangkah masuk, Iwan tersenyum lebar..................

Labels:

Wednesday, March 29, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 3

Iwan : Hallop..
Diana : Hello... apsal you tak angkat phone semalam?? ni nak merajuk ni...
Iwan : Ler semalam dah tido laa... dah pukul baper semalam tu....
Diana : You merajuk eh ????????
Iwan : Mana ade....
Diana : Anyway, apa you buat malam ni??
Iwan : hmmm... takde plan kot...
Diana : ok, now you do... Pick me up at 8 pastu kita gi tgk wayang kat klpb... citer final destination 3... my fren suma dah tengok pastu suma orang kate best... ok.. see you...
Iwan : ehhh...
“tut tut tut tut”
Bunyi telefon yang telah Diana letak. Tanpa sempat Iwan berkata apa-apa, Diana sudah pun menganggap bahawa Iwan setuju. Begitulah layanan Diana terhadap Iwan. Iwan tahu akan layanan yang diberikan Diana adalah buruk dan tidak wajar dilayan tetapi kerana perasaan cintanya yang mendalam seolah-olah memaksa Iwan untuk akur dengan kehendak Diana. “pergil jelaa... kang tak pegi merajuk lagi malas layan", bisik Iwan sendiri. Inilah alasan yang sering digunakan didalam menghadapi situasi sebegini walhal berada disisi Diana yang paling dimahukan.

Selepas mandi dan solat Maghrib dirumah, Iwan pun memakai baju yang paling ’smart’, menyembur minyak wangi Carolina Herrera ‘Chic For Men’, menyikat rambut yang telah dibubuh wax agar rambutnya boleh dibentuk menyerupai rambut pemain bolasepak terkenal Roberto Baggio, dia pun keluar untuk ke klpb. Dengan motorsikalnya itu Iwan tepat sampai dihadapan rumah Diana pada pukul 8 malam.

Diana pun keluar. Iwan terpaku melihat Diana yang kelihatan sungguh anggun umpama Puteri Gunung Lebar. Dengan skirt pendeknya dan kasut tumit tingginya cukup menawan hati Iwan. “Perghhhh ”, hati Iwan berbicara.
“Takkan kita nak naik moto ni ??? Dah you drive kerete i... takkan i nak naik motor dengan baju camnie... puhlissss”.Iwan pun menurut kehendak Diana lalu meletakkan moto nye di tepi pokok bunga kertas di hadapan rumah Diana dan pergilah mereka menuju ke Klpb.

4 jam masa berlalu, tamatlah sudah cerita ‘Semalu Tersipu Layu’ yang ditonton oleh mereka. Ini adalah gara-gara lambat sampai lalu tiket untuk melihat ‘Final Destination 3’ sudah pun habis terjual lalu mereka tidak ada pilihan lain untuk melihat cerita lakonan mantap Norman Halim dan Ramona Rahim yang telah berjaya mencapai tahap box-office dengan hasil kutipan sebanyak RM2 juta.
Diana : Nak balik dah ker? Ke nak pegi mana-mana dulu?
Iwan : Kita pergi Kapunam laa kejap, minum-minum dulu.
Diana : Taknak lah! Situ tak best takde class . Kita minum dekat‘Mode’.. barulaa class..
Iwan : Hmm yelaaaa...
Mereka pun pergi ke 'Mode'. Diana order Iced Cafe Mocha and New York Cheese Cake manakala Iwan pula order Sky Juice.

Setelah pulang dari menghantar Diana pulang ke rumah. Iwan pun singgah sebentar ke Kapunam kerana dia tahu mesti ade orang yang melepak disitu malam-malam begini. Tekaan Iwan tepat. Reza dan Megi ada disitu. Kedua-duanya ditemani oleh perempuan dan duduk di meja yang berlainan.
Iwan : Woit, mana Jack ?
Reza : Ntah.. anyway, ni Shima.
Iwan : Hi Shima... tu sapa dengan Megi tu...
Reza : Tu laaa Sally, awek cina tempat kerja dia tuh...
Iwan : Ooo ni ke Sally ?? boleh tahan... siut tul Megi... ade je perempuan nak kat dia.. pelik aku... aku try satu pun tak pernah dapat... eh takpelaa aku balik terus aa.. malas nak kacau korang...
Reza : Haaa elok laa tu.... hehehehe... (Shima pun turut tersenyum mengharapkan Iwan beredar...)
Iwan : Ches...
Reza : Eh jap, ko dari mana smart smart ni ??
Iwan : Aku keluar pergi tengok wayang dengan Diana tadi.
Reza : Dah-dah laa tu Iwan.. buat abih duit ko jer...
Iwan : Camne ko tau dia ketuk aku ??
Reza : Logiklaa... perempuan camtu jangan dekat... kalau nak dekat, dekat perempuan baik macam Shima ni haaa.... ihik... (Shima tersenyum lagik tidak berkata apa-apa...)
Iwan : Hmmmm.... dahlaa aku balik laa.. selamat... nice to meet you, Shima...
Reza : Ok dude.. selamat
Shima : You too, byeee...

Iwan pun beredar dari Kapunam dengan hanya melambaikan sahaja tangan kepada Megi mengetahui yang Megi tidak mahu diganggu dikala dia bersama perempuan. Iwan pulang ke rumah dan sekali lagi merenung jauh apa yang telah dilakukan dan apa yang patut dilakukan seterusnya. Dia tahu bahawa hubungannya dengan Diana tiada penyudahnya. Diana adalah playgirl yang akan terus mempermainkan perasaannya. Tetapi hati Iwan terasa sukar untuk melupakannya sepenuhnya. Lagipun dia tidak pernah bersua dengan perempuan lain yang berjaya memikat hatinya selain Diana. Semua rakan-rakannya menasihatkan supaya dia melupakan Diana termasuklah teman-teman wanita rakan-rakannya turut menasihati untuk tidak meneruskan perjuangan yang sudah tahu tidak ada faedahnya. Seperti yang pernah Suhaimi katakana kepada Iwan suatu ketika dahulu,”you must keep your option open.”

Iwan tidak sepatutnya menaruh harapan kepada Diana sahaja dengan menghiraukan perempuan-perempuan lain yang ada di sekalilingnya. Mungkin ada perempuan yang lebih sesuai untuk Iwan tetapi Iwan tidak pernah memberi peluang untuk berjumpa dengan perempuan lain dengan harapan Diana akan sedar akan kesetiaannya.
“Tapi Diana jumpa banyak giler laki lain, aku setia pun tak guna gak aaa..”, kata Iwan sendirian sambil melihat dirinya di cermin. “Dah.. dah ko kena lupa jugak Diana... mulai besok no more Diana... to all single girls out there... here I come!! huihui”, kate Iwan kepada dirinya sendiri sambil membuat pose-pose macho ala model spender Calvin Klein. Kali ini, kelihatan seperti Iwan mulai tabah. Dia sudah bersedia untuk menghadapi tamparan dan cemuhan untuk mencari perempuan idamannya. Lalu tidurlah Iwan setelah penat mendapat motif baru untuk dibuat mulai besok.

Pagi besoknya, Iwan bangun awal. Iwan gosok gigi, pakai pakaian sukan terus keluar pergi berjogging. Ini adalah antara usaha Iwan untuk memikat perempuan adalah dengan memastikan tubuh badannya didalam keadaan yang boleh dikatakan menarik untuk mengorat. Setelah pulang dari jogging, Iwan mandi dan terus bersiap untuk pergi bekerja. Tiba di kilang Sharp di Shah Alam tempat Iwan bekerja sebagai supervisor di kilang itu. Dia menelefon Reza, Jack,Megi dan girlfriend Suhaimi, Azlin untuk makan tengah hari bersama-sama di Restoran Maju Sokmo berhampiran kilangnya dengan pesanan “I have big news!!”. Mereka semua bersetuju.
Tibanya di restoran tersebut...
Reza : haa ape beirta besarnya??
Azlin : tolonglaa jangan cakap ini pasal Diana...
Iwan : haaa memang pasal Diana...
Megi : ak elaaaa come on laa... dah berapa kali kitaorg cakap, takde faedah nya...
Iwan : haaa itu laa sebabnya aku dah fikir masak-masak yang aku akan melupakan Diana selamanya dah aku takkan keluar dengan dia lagi...
Tiba-tiba Iwan terdiam apabila melihat seorang perempuan yang amat cantik yang lalu dihadapannya tadi. Mata Iwan mengekori pergerakannya. Iwan lalu bangun meninggalkan rakan-rakannya dan terus menuju ke arah perempuan tersebut.
Reza : weh melampau aa nampak terus nak tegur???? Kot yer pun nak lupakan Diana, abihkanlah cerita dulu...
Jack : asal boleh semua nak ngorat ??

Labels:

Saturday, March 25, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 2

Setelah melihat dan melambai Suhaimi masuk, mereka pun beransur dan berjalan menuju ke arah tempat letak kereta. Dalam perjalanan, handphone Iwan berbunyi “ ti-tit ti-tit.”
“Malam ni apa bikin? Kapunam sudah… “ Demikianlah kandungan sms yang dihantar oleh Megi. Mereka berbincang dan bersetuju untuk singgah sebentar untuk minum lewat malam. Jam menunjuk pukul 11.46.

Lantas Iwan pun memberi sms kepada Zurina. Zurina merupakan seorang teman yang rapat dengan Iwan. Rakan kepada Iwan semasa di kolej dahulu. Kebetulan rumah Zurina berhampiran dengan kawasan perumahan mereka. Zurina atau lebih dikenali sebagai Zurri boleh dikatakan tomboy berdasarkan daripada gaya dan personalitinya. Setiap kali Iwan lepak di Kapunam, Zurri akan dijemput sekali kerana Zurri adalah seperti tempat untuk mempersoalkan hal wanita sejak Iwan masih mencuba untuk memikat Diana.

Setibanya di Kapunam, Iwan terpaku. Diana bersama rakan-rakannya, Intan dan Hani turut sama ada di Kapunam. Memang rumah mereka juga dekat tetapi jarang sekali Diana dan rakan-rakannya lepak di sini. Ini adalah kerana Kapunam adalah sebuah warung biasa dan Diana sering lepak di kedai-kedai yang lebih mahal. Iwan terus menghadap ke arah Diana dan yang lain terus duduk di tempat lain.
"Hai Diana... lama tak nampak.... How are you lately?? "
"I ok…"
"…… er…. er... macam mana dengan kerja?"
"kerja pun ok.. oklaa Iwan... I nak pergi somewhere else.. bye "
"oo oo ok"

Beredarnya Iwan dari meja Diana, terdengar suara-suara perempuan ketawa perlahan-lahan dan Iwan pasti itu adalah Diana dan kawan-kawannya. Iwan terasa malu dan hampa dengan layanan Diana yang sombong itu.Iwan terus duduk dan senyap seketika. Reza dan Jack cuba menahan gelak. “Gelak! Gelak!” sergah Iwan. Reza dan Jack pun ketawa melihat telatah Iwan.
"Dah banyak kali kitaorg cakap... lupakan je Diana tu," kate Jack.
"Ntah ko cuba pikir baper byk perkataan ko cakap pastu baper banyak dia balas??," tegur Reza pula.
"Betullaa Iwan, I pun rasa u patut back off jer.. banyak lagi perempuan lain," kate Azlin.
"hmmm...... ," Iwan mengeluh.
Tak lama lepas itu Zurri pun datang, begitu juga Megi.
"Ai sorang je arini Megi??," tanya Reza.
"Tu laaa minah tu nak kena balik awal, besok dia ade ape ntah aku dah lupa," jelas Megi.
"Ni ape kena dengan Iwan ni ??? senyap je," tanya Megi curiga.
"Putus cinta laaaa.. ape lagi ? tadi dia jumpa Diana and macam biasa aa.. ko pun boleh budget kan ??", Reza menjawab pertanyaan Megi.
"Ler... ni Iwan... ko nak abang ko ni ajar tak ?? haha... ilmu aku suma perempuan boleh dapat," kata Megi sambil bermegah-megah.
"Yelaa tuh... tak semua beb... Iwan ko jangan dengar si Megi tuh... tapi elok gak kalau ko lupakan sebenarnye, perempuan macam Diana dia tak pikir macam mana ko pikir, kalau dia nak kat ko sekalipun dia nak main-main je... percayalah... itu bukan jiwa ko, ko bukan player, ko kena carik perempuan baik macam Azlin ni aa... tapi Suhaimi plak dah kebas laa kan.. ahahaha," jelas Zurri yang selalu menenangkan Iwan.
Azlin tersipu malu manakala Reza, Megi dan Jack ketawa besar melihat wajah Azlin yang merah padam.
"Dah laa tu, aku nak balik, dah ngantuk," kata Iwan.
Mereka pun beransur pulang ke rumah masing-masing dan tidur.

Iwan terbaring di atas katilnya sambil memikirkan apakah tindakan yang wajar dia ambil. Termenung melihat kipas berpusing sambil berfikir. "Diana... Diana apesallaaa ko jual mahal sangat???", Iwan terpikir.Lantas dia bangun dan terus pergi ke arah almari. Dikeluarkan satu fail, tempat disimpan gambar-gambarnya bersama Diana yang diambil sewaktu sekolah dahulu. Hampir di setiap majlis makan atau upacara hari sukan di sekolah, Iwan pasti mengambil gambar bersama Diana. Diana tidak pernah menolak pelawaan Iwan. Itu yang membuatkan Iwan percaya bahawa peluangnya masih terbuka walaupun dia tahu yang Diana bertukar-tukar boyfriend bagaikan menukar baju sampaikan Iwan sendiri tidak tahu siapakah boyfrined nya sekarang.

Iwan ingin membuang semua gambar-gambar itu tetapi tangannya terberhenti apabila tiba berhampiran di bakul sampah. Iwan keliru. Apakah patut dia membuang gambar itu sebagai langkah untuk melupakan Diana ataupun dia patut berfikir sebaliknya bagaimana untuk memikat hati Diana. Iwan masih keliru.
Tiba-tiba sayup kedengaran bunyi telefon bimbitnya yang berada di bawah. “Sapa pulak laa tepon pukul 2.30 pagi ni??” Iwan perlahan-lahan pergi untuk mengambil telefonya yang sudah berhenti berbunyi. Iwan terkejut apabila melihat di telefonnya tertulis bahawa Diana yang menelefonnya tadi. Iwan kini bingung."Kenapa dia call aku???" Iwan yang sudahpun membuang semua gambar Diana bercadang untuk tidak menelefon Diana. Iwan seakan sudah berputus asa.

Pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, Iwan bangun pagi dan sarapan bersama keluarganya. Sesudah membaca suratkhabar dan bersarapan, Iwan tahu akan tanggungjawabnya iaitu pergi membeli barang-barang yang akan di tulis oleh ibunya dan diletakkan di atas meja di biliknya. Ini telah menjadi tugas mingguan Iwan yang perlu ditunaikan. Iwan melakukannya setiap minggu tanpa merungut.

Setelah selesai tugas yang diberikan, Iwan bercadang untuk pergi ke CyberCafe untuk melayari dunia internet untuk memeriksa emails dan sebagainya. Setelah tamat sejam, Iwan menghidupkan enjin motosikalnya dan merayap tanpa hala tujuan memandangkan cuaca baik. Mungkin Iwan ingin mencari ketenangan.

Dalam perjalanan mencari ketenangan dan keputusan, Iwan singgah di kedai membeli air tebu dan pergi ke taman untuk menikmatinya sambil berehat menghirup udara segar di taman. Tiada lain yang difikirkan oleh Iwan selain mengenai tindakan samada melupakan Diana atau meneruskan perjuangan yang tidak nampak penghujungnya. Dia harus mengikut hatinya sendiri. Dia menerima semua nasihat dan pendapat dari rakan-rakannya tetapi hanya dia sahaja yang mempunyai jawapan, yang manakah lebih sesuai dan lebih memuaskan hati. Dia harus berfikir masak-masak kerana tindakan yang bakal diambil mungkin akan menyebabkan dirinya merana.

Sewaktu Iwan merenung jauh di taman itu, Iwan terlihat sepasang suami isteri berjalan berpimpin tangan sambil diekori oleh anak mereka yang mungkin berumur sekitar 5 tahun, membuatkan Iwan terpikir inilah yang patut dinilai. Kebahagiaan bukan dinilai dari sudut harta benda atau rupa, tetapi komunikasi diantara satu sama lain. Tanpa komunikasi yang lancar pasangan tidak akan tahu perasaan sebenar didalam hati sekaligus akan mudah menimbulkan kekeliruan dan akhirnya boleh mengakibatkan salah seorang akan tidak berpuas hati dan memutuskan hubungan. Biarkan apa orang kata, asalkan diri sendiri bahagia. Inilah yang telah Iwan sedari apa yang patut dia lakukan selepas ini. Tindakan Iwan untuk menenangkan fikiran di taman telah membuahkan hasil, dia kini seolah-olah sudah tahu apa yang harus dilakukan.
Dikala Iwan berpikir untuk bergerak pulang, tiba-tiba bunyi telefon bimbit Iwan berbunyi. Sekali lagi Iwan terkejut apabila melihat nama Diana yang menelefon.
“Uish.... ape dia nak ni???”

Labels:

Monday, March 20, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 1

“You nanti kat sana jangan menggatal ngan pompuan lain plak…”, perli Azlin kepada Suhaimi yang akan pergi ke Kuching, Sarawak untuk menyelesaikan urusan pejabat.
“Takkan laa nak menggatal ngan pompuan lain pulak, lagipun orang Sarawak not my taste… aceh…”, sambil mencuit pipi girlfriend nye. “I’ll be back before you know it“, ujar Suhaimi cuba menangkis kecurigaan Azlin. Iwan, Reza dan Jack juga turut hadir ke lapangan terbang untuk menghantar walaupun Suhaimi hanya akan pergi ke sana untuk 3 minggu sahaja.
“Lek laa Azlin, kejap je dia pergi… lagipun jangan risau takde nye pompuan kat sana nak terpikat kat Suhaimi ni… kehkeh”, kata Reza. Jack dan Iwan hanya mampu tersenyum.
"Nanti kau balik sini, Megat pun dah balik.. ngam aa boleh futsal ari-ari.. haha”, kata Jack. Megat adalah rakan mereka juga yang bakal pulang dari Jerman yang telah pun berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrikal. Sudah 6 tahun Megat pergi menuntut ilmu dan selama itulah mereka tidak bersua selain di Huyaa Messenger.
"Weh Megi kem salam… dia kate sorry dia takleh datang pasal dia ade hal..”, kate Iwan kepada Suhaimi.
“Hal eh?? Pompuan aa tu… dia scandal ke ngan Sally tu ?"
"Ntah aa Playboy Malaya tuh... takde sape tau sangat citer dia... yang tau banyak giler pompuan date ngan dia.. haha.."
"Anyway takpe aa... aku masuk dulu... dah tiba masa pun... I masuk dulu eh... you take care tau", antara pesan terakhir kepada Azlin.
"Call me.......", jerit Azlin sambil melambai Suhaimi yang berjalan menuju ke pintu masuk. Suhaimi mengganguk dari jauh.

Iwan, Reza, Jack, Megi dan Megat berkawan rapat sejak di bangku sekolah lagi. Manakala Suhaimi pula adalah senior kepada mereka di sekolah dan secara tidak disangka berkawan rapat dengan mereka. Mungkin ini adalah kerana personaliti Suhaimi yang peramah dan baik hati telah menyebabkan mereka tidak rasekan pun yang Suhaimi itu adalah senior sebenarnya. Azlin adalah girlfriend Suhaimi sejak 6 bulan dahulu apabila mereka bertemu di majlis konvokesyen Reza di University Dominasi Ongkos Negara (UDON). Azlin adalah pelajar di situ yang kebetulan hadir untuk menyambut kakaknya yang juga di situ. Suhaimi datang kerana Reza tetapi ganjarannya lebih lumayan dari apa yang disangka.

Iwan boleh diibaratkan sebagai ketua kepada kumpulan ini. Segala keputusan yang melibatkan kumpulan akan diserahkan kepada Iwan yang amat berpengaruh di dalam kumpulan ini. Iwan masih lagi single kerana dia hanya menyukai seorang pompuan sahaja dari bangku sekolah lagi iaitu Diana. Diana is the hottest girl in school. Sudah beberapa kali Iwan cuba mengorak langkah tetapi usahanya sering gagal kerana untuk mengorat gadis secantik itu sentiasa menantikan persaingan yang hebat. Dia sering tertewas sedangkan jelas bahawa Iwan jauh lebih baik berbanding lelaki-lelaki yang di’kawan’ oleh Diana. Iwan selalu dinasihati oleh kawan-kawannya supaya melupakan sahaja Diana tetapi hati Iwan seolah-olah telah terpahat pada Diana yang amat sukar untuk ditanggalkan.

Reza merupakan driver kepada kumpulan ini memandangkan dia seorang sahaja yang memiliki kereta sendiri, Neutron Saga dan juga diatas pengetahuannya yang agak luas berbanding orang lain mengenai jalanraya di sekitar bandaraya. Walaupun tidak sebesar mana tetapi cukup untuk dibawa untuk berjalan-jalan. Selain Reza, Megi juga mempunyai kereta sendiri, Perotiga Kancil tetapi jarang kelihatan kerana Megi yang sememangnya berambut seakan Maggi menggunakan kenderaan itu untuk membawa gaids-gadisnya berjalan- jalan. Begitu juga Suhaimi, sibuk dengan kerjayanya.

Jack adalah yang paling pendiam diantara mereka. Jack mempunyai bakat didalam hampir semua bidang sukan. Jack atau nama sebenarnye Jakri Jamil pernah mewakili Malaysia dalam acara sukan Bola Baling di peringkat sekolah rendah. Manakala Megat adalah ‘the brightest’… berkelulusan luar negara dan juga bakal bekerja di syarikat minyak yang ternama di negara ini. Girlfriend nya Fiza adalah seorang yang amat peramah sehinggakan dikala Megat di perantauan, Fiza turut lepak bersama kawan-kawan yang lain. Segala berita mengenai Megat akan diketahui melalui Fiza.

Mereka sering melepak di sebuah warung yang biasa dikunjungi sejak mereka tamat sekolah menengah. Melapu Curry House atau nama samaran yang diberi oleh mereka iaitu Kapunam adalah tempat berbincang, bermesyuarat dan berkumpul bagi mereka. Apa yang perlu mereka lakukan untuk mengajak rakan yang lain ke sana adalah dengan hanya bercakap 2 perkataan sahaja semasa di telefon…
“Kapunam sudah !! “…..
Walaupun makanan disitu tidaklah sesedap mana tetapi layan Hasnan, pekerja di situ yang mesra telah menyebabkan mereka lekat disitu. Segalanya bermula di sini dan di sinilah titik penamat bagi segala aktiviti mereka.

Labels: