B.L.O.G

bukan laungan orang gila

Tuesday, June 13, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 10 @ FINALE ....

Zurina tiba tepat pada pukul 4 30 petang. Zurina memesan segelas teh tarik dan rojak mee takmau tauhu takmau taugeh. Pelbagai benda yang bermain di dalam fikiran Zurina pada ketika ini. Gelisah Zurina dibuatnya. Sementara Iwan pula terpaksa menghantar semua orang yang menumpang keretanya ke Ulu Yam pulang ke rumah masing-masing sebelum pergi ke Kapunam untuk berjumpa Zurina. Setibanya Iwan di Kapunam, Zurina melihat kehadiran Iwan tetapi berpura-pura seolah-olah kehadiran Iwan tidak disedari.
Iwan : Hi... Sorry lambat. Tadi gi anta budak-budak ni balik rumah dulu.
Zurina : Eh takpe... tak kisah pun.
Iwan : Lama dah ker?
Zurina : Eh taklaa baru je lagi...
Iwan : Oo oklaa kalau camtu...
Hasnan : Minum??
Iwan : Haa ginseng ais takmo... cham taree satu....
Hasnan : Cham taree... Makan?
Iwan : Takmo...
Zurina : Best gi Ulu Yam tadi??
Iwan : Tu aa best tu.... rugi tak follow.... pengalaman paling berharga dalam hidup.. haha (Iwan masih sempat berjenaka..)
Zurina hanya mampu tersenyum. Zurina dan Iwan masih lagi tidak membuka perbincangan utama mereka iaitu apakah tindakan sewajarnya yang perlu diambil. Di saat Iwan ingin membuka mulutnya mengenai hal tersebut....
Iwan : Aku dah baca surat yang ko kasi tu... Papehal aku nak cakap thanks pasal terus terang kat aku. Aku respect ko nye honesty.... Tak suma orang boleh buat camni, aku pun tak tentu boleh buat...
Zurina tersenyum lagi.... Tiba-tiba.......
Diana : IWAN !!!!
Iwan : Hey..... takyah laa jerit... I bukannya pekak….
Diana : Alaaaa you ni.... nak bermanja pun tak boleh... Ni sapa ni girlfriend???
Iwan : Ini Zurina....
Zurina : Hi.....
Diana : Hi.... You ni..... bila u nak call i?? janji nak call tapi tak pernah nak call.. Ni nak merajuk ni….
Iwan : Ni dah jumpa... nak call buat ape lagi??
Diana tanpa segan silu terus duduk di sebelah Iwan tanpa menyedari yang Iwan dan Zurina memerlukan privacy untuk membincangkan ‘masalah’ mereka itu.
Zurina : Oklaa Iwan.. Aku takleh lama kat sini.. Jumpa kau later kay..
Iwan : Eh ye ke.. Haa sorrylaaa.. lain kali sambung eh..
Zurina : Ok... Bye Diana..
Diana : Byeeeee.. Hasnan, teh o ais satu.. pastu Marlboro Lights Menthol satu..
Iwan : Bila laa u nak berhenti isap rokok..
Zurina : Lepas u jadik boyfriend i... hehe anyway ur friend tadi tu cam ade problem je? Dia tak suka i ker....
Iwan : Hmm ntahlaa... (Iwan dalam hatinya " tau takpe...")

Iwan dan Diana terus lepak di Kapunam. Iwan melayan sahaja kerenah Diana tapi dalam masa yang sama apa yang difikirkan Iwan ialah mengenai Zurina dan juga Sasha juga tidak boleh dilupakan. Keadaan Iwan kini amat rumit. Iwan kini terlibat dengan tiga orang perempuan.Diana, hanya akan mengingatinya bila dia terasa sunyi walaupun Diana menunjukkan rasa minat terhadap Iwan tetapi Iwan merasakan yang dia dan Diana tidak akan bertahan lama. Sasha, gadis yang diminatinya tetapi Iwan tidak pernah berkata apa-apa kepadanya, hanya mengharapkan Sasha menyedarinya sendiri walhal Sasha tidak menyedarinya langsung dan menaruh sedikit harapan kepada Reza yang sudahpun mempunyai teman wanita. Zurina, perempuan yang dianggap sebagai teman rapatnya tapi tanpa disedari menaruh harapan kepadanya. Tidak pernah terlintas di fikiran Iwan untuk menjadikan Zurina menjadi teman wanitanya.

Setelah hampir sejam Iwan melayan Diana di Kapunam. Iwan pun sudah keletihan memandangkan seharian dia di Ulu Yam bergembira. Iwan terus pulang ke rumah dan hanya mampu baring. Selepas makan malam pun, Iwan terus baring di dalam biliknya memikirkan masalahnya itu. Dia perlu tidur awal malam ini memandangkan besok adalah hari Isnin dan adalah hari bekerja. Sekarang Iwan harus membuat pilihan samada untuk terus mengejar Sasha, wanita idamannya walaupun tidak ada apa pun yang berlaku antara mereka ataupun membawa hubungannya dengan Zurina ke status lebih dari seorang kawan. Iwan terus bingung.

Jelas Iwan menaruh harapan terhadap Sasha tetapi Sasha seolah-olah tidak menunjukkan sebarang ‘response’. Zurina pula telah menunjukkan minat dan Iwan juga merasakan dia dan Zurina sesuai bersama memandangkan mereka sudah lama berkenalan dan saling memahami isi hati masing-masing. Tetapi rupa wajah Sasha yang cantik manis dan gelagatnya yang agak manja itu tidak dapat Iwan melupakannya. Iwan berfikir sehingga tertidur.

Bangunnya Iwan dari tidur terus bersiap untuk pegi bekerja dan apabila Iwan melihat ke handphonenya terdapat satu sms yang tidak dibaca lagi.... “Just take your time.... “ Sender : Zurina. Walaupun kandungannya sebegitu rupa tapi sebenarnya ia telah meletakkan sedikit tekanan kepada Iwan untuk membuat keputusan. Iwan bercadang untuk melupakan semuanya buat seketika dan menumpukan perhatiannya terhadap kerja.

Tetapi harapannya untuk hanya memberi tumpuan kepada kerja tidak berjaya sebaik sahaja dia melihat Sasha dan apa lagi selepas Sasha memberikan senyuman manis kepadanya. Iwan makin bingung.
Sasha : Iwan, arinih my birthday actually.... jom gi dinner malam nanti..
Iwan : Oo ye ke.... Happy Birthday... Sorry terlupa... Hehe
Sasha : Eleh padehal tak tau pun.. hehe takpe tak kisah pun.. so dinner??
Iwan : Hmm ok.. Nanti I kontek u later..
Sasha : Ok... call tau !! (Sasha dengan penuh manja..)
Iwan seolah membuat keputusan untuk meneruskan perjuangannya memikat Sasha tetapi tidak lama selepas itu, berbunyi handphone Iwan menandakan menerima sms..
“If you think that we should be together pick me up at 8 and then kita gi dinner.. kalau rasa kita patut stay kawan.. takyah datang.. jangan risau aku takkan salahkan ko… lepas ni kalau jumpa pun kita buat cam benda nih tak pernah berlaku dan buat cam biasa........... “ Sender : Zurina. Semakin tertekan Iwan. Lalu bergegas Iwan pergi ke pejebat bosnya dan meminta cuti dengan memberi alasan sakit kepala. Iwan terus pulang ke rumah dan terus tidur.

Setelah hamper 5 jam Iwan tidur, Iwan terjaga lebih kurang pukul 5 petang. Dia menyedari dia mempunyai 3 jam untuk membuat keputusan samada untuk pergi menjemput Sasha untuk menyambut harijadinya ataupun pergi menjemput Zurina. Pada masa ini, Diana sudah tidak menjadi salah satu dari pilihan dirinya. Perlahan-lahan Iwan bangun dan terus pergi menghadap televisyen dan menonton televisyen sehingga pukul 7 malam. Tiba masa untuk Iwan bersiap untuk keluar. Iwan masih lagi berfikir ke manakah yang perlu dia pergi? Tanda tanya itu terus terus mejadi persoalan.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Iwan pun keluar, menghidupkan motosikalnya dan bertolak pergi. Iwan telah pun membuat keputusan. Iwan terus membawa motosikalnya menghala ke rumahnya. Terasa juga sekali-sekala dia risau jika pilihannya ini bakal membuat dia berasa menyesal di kemudian hari tetapi Iwan tetap meneruskan perjalanan ke rumahnya sehingga lagi 500 meter untuk tiba di pintu muka rumahnya itu...
Iwan tersedar....
Iwan : Apa aku buat nih??? Terang-terang dia yang patut aku kejarkan........
Iwan pun terus tanpa rasa sangsi berpatah balik menuju ke rumah perempuan yang dirasakan sesuai bagi dirinya. Tibanya di pintu pagar rumah itu, kelihatan 'Sasha' sudah pun menunggu dirinya di luar rumah....


THE END

Labels:

6 Comments:

  • At 1:16 am, June 13, 2006, Blogger a.z.i.d.i said…

    kepada semua pembaca yang tanpa rasa jemu membaca cerita rekaan aku ni... aku ucapkan terima kasih banyak2... jikalau aku ade masa yang banyak lagi di masa akan datang insyaAllah aku tulis lagik... jangan ketinggalan untuk mengundi untuk tajuk cerita rekaan aku ni... nanti aku buat poll...

     
  • At 4:35 pm, July 02, 2006, Anonymous Anonymous said…

    agaga... emo tol aku bace cite ko neh loga... ah..dem sungguh. tho lambat follow.. kire ader bakat terpondam ko neh.. cayalah mate. otsukare

     
  • At 3:55 am, November 29, 2006, Anonymous Anonymous said…

    huh? apsal 'sasha'? kenape tak type sasha without the inverted comma jer? apsal tak zurina? huh... typical lelaki.. haruslaa nak yg cantik, manja... beauty is skin deep u know. u wanna marry someone who can be ur bestfriend to go through the thicks and thins in life... heheheh.. emo plak i..

     
  • At 9:41 am, November 30, 2006, Blogger pae dasuki said…

    D,pesal tajuk citer novel ni "Cintaku Tak Berubah"?..cam x baper sesuai..Cinta saper yang x berubah? Cinta Zurina ke Cinta Iwan??Kalau nak diikutkan, main character (iwan) yang menghadapi dilema.So, aku rase tajuk "Bila Harus Memilih" <--(ala2 tajuk lagu Dato' CT Nurhaliza)lagi kene ar..hehe,btw it's just an opinion..;)

     
  • At 10:07 am, December 05, 2006, Blogger a.z.i.d.i said…

    uish.. first of all... terima kasih pasal membaca... pastu utk a'a... kenape pilih sasha bukan zurina... kengkadang org ni bila dah suka sorang tu... walaupun datang chance yg lain, dia still nak kejar pompuan yg dia suka tu pasal cintanya tak berubah.. aiceh.. its not about the beauty or anything... lagipun citer mesti nak libatkan emotional... kalau readers tak emo tka best aa kan(best utk writer aa kan)... hehe
    to pae... idea ko menarik... lepas ni boleh mintak idea pasal tajuk... tajuklaaa yg aku rasa paling susah skali... takpe aku pun masih belajar .. hehe

     
  • At 2:19 pm, December 10, 2006, Blogger pae dasuki said…

    wokeh..no problem..aku mmg suke bab2 nak kasi tajuk ni..kalau ko nak tajuk utk novel terbaru ko pun aku dah leh bagi skrg..hahaha:D
    tu nak tanye ni, bile novel baru nk release? dah bulan 12 dah ni..

     

Post a Comment

<< Home