B.L.O.G

bukan laungan orang gila

Monday, May 22, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 7

Zurina tidak juga memberitahu Iwan siapakah orangnya walaupun Iwan berkali-kali memujuk untuk Zurina berterus-terang dengan dirinya. Iwan masih lagi tertanya-tanya siapakah lelaki yang bermain di fikiran Zurina itu. Iwan menghormati keputusan Zurina untuk tidak memberitahunya lagi malah Zurina berjanji akan memberitahu Iwan apabila tiba masa yang sesuai. Iwan hanya mampu menurut.

Iwan sudah mengantuk. Beberapa minit selepas dia menutup lampu biliknya. Telefonnya berbunyi...
Iwan : Hallop...
Diana : Hi... tengah buat ape tuh??
Iwan : Dah nak tido dah actually. Kenape telefon malam-malam buta nih? Ada hal penting ker?
Diana : Lor, do i need a reason everytime I terasa nak call you?? Dah rindu nak buat macam mana??
Iwan : Hmm takdelah kena ade sebab setiap kali nak call tapi skang dah lewat. I kerja besok. You tak kerja ke besok??
Diana : Tak kot.. malaslaa nak gi kerja. My dad selalu suruh I pergi site. Panas !!
Iwan : Mak ai. Inilah dia kalau kerja dengan company bapak sendiri. Seronok je tiap-tiap hari.
Diana : Tu laa I suruh masuk kerja sini you tak nak. I boleh recommend kat my dad.
Iwan : Hmm takpe. Kang your dad suruh I pergi site. I tak suka panas-panas nih hahaha
Diana : Ooo perli yer??? Tak nak kawan !! Hmmph !
Iwan : You merajuk ker? Hehe oklaa I nak kena tido nih. Besok nak kena bangun awal.
Diana : Yelaa yelaa. Dah orang taknak cakap dengan kite nak buat macam mane kan??
Iwan : Ak elaaa... nantilah I call you bebila.
Diana : Janji tau !
Iwan : Haaaa... Bye.
Diana : Byeeeeeee...

“Haiyaaa Diana. Saja je nak kasik aku tak lupa ko. Bijak... Bijak....”, Iwan terfikir sendiri. Diana tidak mahukan perhubungan yang serius tetapi dia mahukan perhubungan sebegini berterusan. Inilah yang membuatkan Iwan bingung dan buntu sekali-sekala. Tetapi dengan kehadiran Sasha didalam kehidupannya mampu merubah segalanya. Cuma apa yang perlu dilakukan ialah Iwan harus mengalih pandangan Sasha dari Reza kepada dirinya. Bagaimana untuk melakukan masih menjadi tanda tanya kepada dirinya.

Pada keesokkan harinya, Suhaimi pulang dari Sarawak. Hanya Azlin yang pergi menjemput Suhaimi di lapangan terbang memandangkan orang lain tidak dapat pergi kerana harus pergi bekerja. Disebabkan sudah hampir 3 minggu tidak berjumpa dengan Suhaimi, mereka bercadang untuk makan malam bersama-sama pada malam ini di sebuah restoran yang agak high class iaitu ‘Cabai’. Setiap kali, sambutan harijadi atau sambutan yang hendak dilakukan mesti mereka berkunjung ke restoran tersebut. Ini adalah kerana makanan yang lazat malah juga menyediakan layanan yang mesra dari para pekerja serta suasana yang seolah-olah berada di negara Mexico.

Iwan menjemput Sasha untuk turut serta menemani dirinya. Sasha bersetuju. Iwan dan Sasha pergi sejurus selepas waktu bekerja walaupun masa yang dijanjikan pada pukul 8 malam. Iwan ingin mengambil kesempatan ini untuk berada lebih lama bersama Sasha. Mereka berjalan-jalan di kedai-kedai yang lain di bangunan itu. Kini Iwan terasa hubungannya dengan Sasha lebih rapat sejak berbual panjang mengenai keluarga, hobi dan sebagainya. Makin banyak yang diperbualkan, makin suka Iwan terhadap Sasha kerana tanpa disedari mereka mempunyai banyak persamaan dari segi minat dan kecenderungan. Kedua-duanya meminati sukan Bola Tampar dan mereka berdua juga meminati aktiviti yang lasak seperti water rafting dan aktiviti mendaki gunung. Ini adalah beberapa contoh yang menunjukkan mereka secocok.

Iwan tidak menyedari pada ketika itu, Zurina turut berada di situ dan melihat Iwan dan Sasha berdua-duaan penuh kemesraan. Zurina tidak mengambil apa-apa tindakan kerana khuatir akan tindakan yang diambil mampu mengganggu ketenteraman Iwan. Zurina hanya cool dan buat-buat tak nampak.

Mereka semua tiba di restoran lebih kurang pukul 8.30 malam. Iwan, Sasha, Zurina, Reza, Azura, Megat, Fiza, Suhaimi, Azlin, Megi dan Jack kesemuanya berkumpul dan makan malam bersama-sama.
Suhaimi : Nice... Hehehehe
Iwan : Hehe thanks...
Suhaimi baru berjumpa dengan Sasha buat pertama kali.
Suhaimi : Megi... where’s your partner??
Megi : Hehe arini aku single.. hehehe.. kasik can orang lain pulak bawak partner.
Suhaimi : Padahal malas nak tunjuk kat orang lain. Kitaorang boleh je ngam dengan amoi. Hehe...
Megi : Hahaha lain kalilah. Dia tak boleh datang malam ni. Ada hal.
Suhaimi : Make sure next time you bring her. Nak jugak berkenalan. Takkan tak boleh?
Megi : Eh boleh boleh... hehe
Suhaimi : Whatcha guys doing this Sunday?? Jom picnic kat Ulu Yam. Lama tak pegi sana.
Reza : Selamber....
Iwan : Sesuai... dah lama tak makan Azlin masak. Hehehe...
Azlin : I boleh je kalau nak suruh masak.
Jack : Haaa tu yang buat nak pergi tuh... hehe... kita buat Bbq laa kat sana. Best woo... aku bawak Bbq Set aku.
Megat : Aku setuju. Aku dengan Fiza naik kereta Reza. Hehehe
Reza : Macam siut malas drive. Ok settle. Kita pergi Ulu Yam ahad ni.
Zurina : Ok aku pergi, sounds like fun. Sasha???
Sasha : I tak pergi kot rasanya. Ada hal yang perlu diselesaikan. But you guys have fun kay.
Jack : We’ll do... hehehe...

Iwan sedikit kecewa mengetahui bahawa Sasha tidak dapat turut serta. Iwan tidak memaksa. Walaupun Iwan akan lebih bersemangat dengan kehadiran Sasha tetapi dia juga excited kerana aktiviti sebegini jarang-jarang diadakan. Suhaimi sahaja yang rajin mengendalikan aktiviti sebegini dan dibantu oleh Azlin yang tidak pernah berasa jemu menyediakan makanan. Mereka berdua memang sepadan kerana kedua-duanya mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

Tiba hari Sabtu, sehari sebelum rombongan ke Ulu Yam, Suhaimi memberi sms kepada semua orang mengenai butiran seperti pukul berapa hendak bergerak dan beberapa tugasan juga diberikan kepada orang lain supaya kerja menjadi lebih senang dan semua orang perlu bekerjasama melaksanakan tugasan yang ditetapkan oleh Suhaimi. Iwan ditugaskan untuk membeli arang dan membawanya ke sana. Iwan sudah pun mengetahui tugasannya itu kerana dia sering diberi tugasan yang sama setiap kali mereka ingin mengadakan Bbq. Tugasan yang sama diberikan setiap kali membuatkan seseorang lebih cekap dalam menjalankan tugasan.

Iwan pun pergi membeli arang di Kedai Apu berdekatan dengan rumahnya dan meletakkan di sebelah beg yang ingin dibawa bersama pada keesokkan harinya. Iwan sudah pun bersedia dan tidak sabar untuk pergi. “ti-tit, ti-tit”... Handphone Iwan berbunyi..
"Sender : Zurina
Dah tido ker? Arang dah beli belum? Jangan lupa kang semua orang tak makan. Besok kalau ada masa dan keadaan yang sesuai aku akan bagitau ko sapa ‘mamat’ tu.....", kandungan yang tertulis di handphone Iwan.

Labels:

1 Comments:

Post a Comment

<< Home