B.L.O.G

bukan laungan orang gila

Saturday, May 06, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 6

Macam-macam perkara yang bermain di fikiran Iwan pada ketika ini, tetapi yang paling difikirkannya ialah kenapa Sasha begitu gembira apabila mendengar bahawa Reza turut hadir ke Kapunam sebentar lagi. Dari pandangan Iwan, dia dapat merasakan yang Sasha menaruh perasaan terhadap Reza. Al-maklumlah, Reza adalah orang yang mempunyai ramai peminat kerana dia memiliki rupa yang seakan-akan orang Eropah. Ini adalah kerana warganegara ibu Reza adalah Sweden maka Reza adalah kacukan Melayu-Sweden. Di samping itu, Reza juga mampu memikat dengan bentuk badannya sehinggakan dia sekarang bekerja sebagai model sambilan dalam beberapa iklan.

Ini bukan kali pertama perkara sebegini berlaku. Suatu ketika dahulu, Jack juga pernah kehilangan perempuan yang disukai kepada Reza dengan hanya sekali pertemuan. Tetapi tidak ada yang boleh membuatkan Reza dipersalahkan. Iwan sedar akan perkara itu, malah menganggap ini adalah sebagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi. Mungkin Iwan tidak mempunyai rupa yang hensem dan tubuh seperti model, tetapi dengan muka biasa dan badan yang sedikit kurus kering itu mampu mengubah hati seorang gadis dengan akal dan hati yang mulia. Bak kata pepatah orang Inggeris, ‘There’s somebody for everybody...
Iwan : Kenapa awak excited bila dengar Reza ada??
Sasha : Hihihi, Reza tu hensem lah. Dia ade girlfrined tak?? Hehehe
Iwan:Hmm takde rasanya. Saya pun tak sure.
Sasha : Oo ye ke. Tak sangka ye orang macam itu punya hensem pun takde girlfriend.
Iwan : Mungkin jodoh dia tak sampai lagik.
Sasha : Mungkin..

Iwan menyambung perbualan itu dengan tenang walaupun sebenarnya Iwan sedikit terasa kecewa kerana dia mahu membawa Sasha ke Kapunam dan memperkenalkan kepada kawan-kawannya dengan harapan Sasha akan lebih intim dengan dirinya jika berkenalan dengan kawan-kawannya tetapi usahanya itu telah berubah seolah-olah membawa berita baik kepada Reza. Iwan yakin jika Reza mengetahui bahawa Sasha menaruh perasaan terhadapnya, pasti Reza tidak akan melepaskan peluang untuk berkawan dengan gadis secantik Sasha.

Iwan perlahan-lahan membawa motosikalnya perlahan-lahan kerana Iwan sudah tidak beria-ia untuk Kapunam sebenarnya. Ada juga terlintas di fikiran Iwan untuk membatalkan sahaja niat ke Kapunam dan berpura-pura sakit kepala kerana sudah tidak ada faedahnya ke sana. Namun kerana janji terhadap rakan-rakannya, Iwan tetap pergi ke Kapunam. Setibanya di Kapunam...
Iwan : Siapa pulak ni??
Reza : Haaa ini Azura. My girlfriend.
Iwan : Apsal aku tak tau????? Kenapa korang suma tau, aku tak tau??
Reza : Chill Iwan.. Chill.. diaorg pun baru tau arini. Sebenarnya dah lama tapi aku saja malas nak bawak jumpa korang awal-awal.

Iwan tersenyum kerana Reza membawa teman dan ini bermakna Sasha juga dapat melihat dengan matanya sendiri bahawa Reza sudah diambil orang. Raut wajah Sasha kelihatan sedikit kecewa tetapi inilah kenyataan yang perlu diterima. Semua orang ada di Kapunam di malam itu. Jack, Megi, Megat, Fiza, Azlin, Zurina, Reza, Azura, Iwan dan Sasha. Mereka kelihatan sungguh rapat sekali walaupun Azura dan Sasha baru didalam kumpulan ini. Hanya seorang sahaja yang tidak ada di sini iaitu Suhaimi yang masih di Sarawak kerana urusan kerjanya. Dia akan kembali pada minggu hadapan.

Mereka semua telah penat dan bercadang untuk pulang ke rumah masing-masing. Iwan pun menghantar Sasha pulang dan Iwan pun pulang ke rumahnya sambil tersenyum di sepanjang perjalanan pulangnya itu. Walaupun Sasha seperti menaruh harapan kepada Reza tetapi kini saingannya itu sudah tiada lagi. Dia merasakan bahawa peluangnya terbuka luas. Dalam perjalanan pulang, Iwan ternampak Zurina masih di Kapunam bersendirian. Tergerak hati Iwan untuk singgah sebentar bertanyakan khabar memandangkan Zurina adalah rakan baiknya.
Iwan:Hasnan.... teh tareeee onneeee....
Hasnan:Baik...
Zurina:Eh ko bukan dah balik ker ?
Iwan:Takde, aku hantar Sasha balik dulu tadi pastu ternampak ko kat sini lagi, ko kenape ni ? Nampak down je....
Zurina:Oo ye ke.. takde pape.. saje rase nak lepak lagi, tak ngantuk lagipun.
Iwan:Ko ingat kita baru kenal ke?? Aku tau ko ade problem.. cuba citer kat aku, at least dapat ko release tension ko. Tak baik simpan dalam lama-lama.
Zurina:Betul takde pape.
Iwan:Jangan tipu aku. Aku tau ko, lagipun ko boleh percaya aku. Bila aku ada problem selama ini mesti aku carik ko, and this time maybe i could return the favor...

Zurina terdiam seketika memikirkan apa yang diperkatakan oleh Iwan itu. Ternyata bahawa Zurina mempunyai masalah tetapi tidak begitu yakin adakah dengan menceritakan masalahnya kepada Iwan dapat membantu.
Iwan : Aku takkan balik selagi ko macam ni. Aku tak sampai hati tengok ko down macam ni. What have you done to Zurina?? Bring her back !!! hehehe..

Terukir sedikit senyuman di muka Zurina terdengar kata-kata Iwan itu.

Zurina : Oklaa.. aku citer. Tapi ko kena janji, jangan bagitau sapa-sapa pasal takde sapa pun pasal hal ni.
Iwan:Laaaa takkanlah aku nak citer kat orang lain pulak?? Bukan dapat duit pun.. hehe
Zurina : Hmm... macam ni sebenarnye... Aku ada suka sorang mamat ni dah lama tapi dia ada minat orang lain...
Iwan:Aku dah agak dah, mesti pasal cinta punyaaa... hahaha
Zurina:Ko nak dengar ke nak gelakkan aku??
Iwan:Sorry... sorry aku dengar... teruskan tuan puteri...
Zurina:Ok, as i said before... aku ada minat sorang mamat ni tapi dia suka orang lain. Lama jugaklah aku suka dia tapi aku tak tau nak buat camne, pasal aku tahu dia takkan suka aku. Dia pernah even cerita kat aku, type perempuan yang dia suka dan aku satu pun takde yang dekat dengan ciri-ciri yang dia nak. So sekarang aku macam tengah pikir samada nak stay and wait for my chances or just forget him and move on.
By the way, apa yang buat ko start nak lupakan Diana??
Iwan : Hmmm Diana.. aku dah cuba dan cuba tapi hasil langsung tak nampak. Yang aku nampak dia akan carik aku bila dia boring. Dia memang player.
Zurina : Aku tak tau nak buat macam mana dah.. nak lupakan pun aku dah lama gila suka dia..
Iwan : What can I say here is.. u have to decide if he is worth the wait??? Kalau ko tak boleh nak pikir satu pun kelemahan kat dia or ko yakin takde orang yang akan ko jumpa lebih baik dari dia, so you should wait for your chances. Kalau dia biasa je, just forget him pasal banyak lagi laki kat dunia. It’s not the end of the world pun kalau ko lupakan dia.. Aiceh.. So kesimpulannya, ko kena tanye hati ko sendiri mana yang terbaik. Fikir masak-masak dan buat keputusan.
Zurina : Hmmm.. banyak gak aku nak kena pikir..
Iwan : Anyway, boleh aku tau sapa yang ko suka ni?? Aku kenal tak dia??
Zurina : Hahahaha ko kenal sangat dia. Betul ko nak tau?? Macam mana kalau lepas ko tau, benda ni akan ubah hidup ko??
Iwan : Huish, sapa yang ko suka ni????
Iwan musykil..............

Labels:

1 Comments:

Post a Comment

<< Home