B.L.O.G

bukan laungan orang gila

Tuesday, June 27, 2006

supoootsu !!

bersukan baik untuk kesihatan... badan cergas otak cerdas... berikut adalah aktiviti sukan terakhir yang aku terlibat iaitu beach soccer di shibugawa beach pada hari sabtu yang lepas.... lipat !!

Friday, June 23, 2006

bangga !!

aku baru lepas abih tgk game Italy lwn Czech... pastu rancangan kali ni dia panggil Arsene Wenger jadik guest... pastu pengacara rancangan ni tanye aa si Wenger ni dia nye prediction.. guess what?? Wenger teka sama cam apa yang aku teka... dia baca blog aku kot.. hahahaha.... sama aa dia budget final Germany lwn Brazil final.. pastu dia budget Germany menang.. hahaha.... gile.. cayalaaaa Wenger... for those yang tak tau sapa kejadah Arsene Wenger tu?? Arsene Wenger = Manager Arsenal...
p/s : kepada Tomas Rosicky.. takpe jangan sedih... lek2 nanti main power2 punya kat Emirates Stadium nanti... hehehe tanoshimi.... jangan tak ngam sudaaaaaa

Monday, June 19, 2006

setelah difikirkan.....

aku dah abih tulis cerita 'untitled' tu lama dah... dalam bulan 5 kot... sejak abis tu aku pikir gak idea untuk cerita baru aku yang tak tau lagi bila aku ada masa untuk tulis lagi... hahaha... kan aku dah buat cerita cam pasal kisah percintaan remaja... so cam terpikir laa plak nak buat cerita yang lebih mencabar, i mean cam lagi susah untuk dipikir.. kira cam manas kate aa... cerita yang lebih kepada adventure or thriller dan pada masa sama ade cerita pasal drama kehidupan... tapi tak semudah tu jack... hahaha... pastu aku rasa cam aku akan ade lebih banyak idea kalau tumpu kat kisah drama kehidupan so aku telah membuat keputusan untuk mengekalkan konsep penulisan aku.. a-ch!!
cerita yang lepas ni, aku akan kurangkan watak pasal ni komen najib.. byk sgt watak sampai confused... pastu mengikut komen lynn... aku akan cuba yang terbaik untuk menaikkan 'momentum' aku dalam menulis.. hahaha(walaupun aku tak tau nak buat camne)..
and for zarir... ending dia aku saja buat camtu... so pembaca akan berfikir kepada Iwan pilih Sasha... dengan harapan dari situ korang akan dapat message dari cerita aku ni... walaupun cerita aku ni memang simple... tapi bagi aku.. aku dah masukkan elemen kehidupan yang boleh kate typical action from most of our people... a-ch ! ni pandangan aku aa... im not going to elaborate about why the story ends that way.. tu terpulang kepada korang untuk tentukan kepada Iwan pilih Sasha... and of course bukan pasal nama Sasha lagi sedap aa... hahaha... just imagine ko adalah Iwan... maybe ko paham kepada ko still nak try Sasha... kan?? hehe.. or maybe it is just me.... hahahahaha
so terima kasih skali lagi kepada anda yang setia membaca cerita aku sampai abis... till next project... hehe

Thursday, June 15, 2006

u weee hoooo

ok... tamatlah sudah drama aku... aku memang buat 10 chapter je... malas buat panjang sangat kang banyak orang yang tak terfollow.. hehe... kenapa aku letak tajuk citer tu untitled???? ini adalah kerana serius cakap aku takde lagi tajuk untuk cerita tu... dan kepada semua pembaca-pembaca cerita aku... yes, i mean YOU !! silelah beri komen pada entry ini dengan memberikan idea kepada aku tajuk kepada cerita aku tu... idea yang paling menarik akan aku jadikan tajuk cerita aku... hehe.. kira ini macam interaksi bersama pembaca.... ni bukan one way street... a-ch! setakat ni idea yang ada pun...
1) Kemboja Di Tepi Tasik
2) Iwan Jejaka Idaman
3) Bila Hati Dah Terikat...
4) Mencari Bunga Yang Tiada
5) Kelendat
ok ni antara idea aku.... padehal aku baru je reka tajuk2 ni masa aku tulis ni... hahahahaha so what you can do is... samada vote memana contoh di atas ataupun korang boleh kasik idea korang yang original.. hehehe... jangan tulis sebagai anonymous... kang aku tak tau sapa.. susah nak cakap terima kasih.... hehe terima kasih di atas masa anda...
p/s : 'kurinam'ians, korang wajib komen... hana ko pun termasuk tau... hahahaha

Tuesday, June 13, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 10 @ FINALE ....

Zurina tiba tepat pada pukul 4 30 petang. Zurina memesan segelas teh tarik dan rojak mee takmau tauhu takmau taugeh. Pelbagai benda yang bermain di dalam fikiran Zurina pada ketika ini. Gelisah Zurina dibuatnya. Sementara Iwan pula terpaksa menghantar semua orang yang menumpang keretanya ke Ulu Yam pulang ke rumah masing-masing sebelum pergi ke Kapunam untuk berjumpa Zurina. Setibanya Iwan di Kapunam, Zurina melihat kehadiran Iwan tetapi berpura-pura seolah-olah kehadiran Iwan tidak disedari.
Iwan : Hi... Sorry lambat. Tadi gi anta budak-budak ni balik rumah dulu.
Zurina : Eh takpe... tak kisah pun.
Iwan : Lama dah ker?
Zurina : Eh taklaa baru je lagi...
Iwan : Oo oklaa kalau camtu...
Hasnan : Minum??
Iwan : Haa ginseng ais takmo... cham taree satu....
Hasnan : Cham taree... Makan?
Iwan : Takmo...
Zurina : Best gi Ulu Yam tadi??
Iwan : Tu aa best tu.... rugi tak follow.... pengalaman paling berharga dalam hidup.. haha (Iwan masih sempat berjenaka..)
Zurina hanya mampu tersenyum. Zurina dan Iwan masih lagi tidak membuka perbincangan utama mereka iaitu apakah tindakan sewajarnya yang perlu diambil. Di saat Iwan ingin membuka mulutnya mengenai hal tersebut....
Iwan : Aku dah baca surat yang ko kasi tu... Papehal aku nak cakap thanks pasal terus terang kat aku. Aku respect ko nye honesty.... Tak suma orang boleh buat camni, aku pun tak tentu boleh buat...
Zurina tersenyum lagi.... Tiba-tiba.......
Diana : IWAN !!!!
Iwan : Hey..... takyah laa jerit... I bukannya pekak….
Diana : Alaaaa you ni.... nak bermanja pun tak boleh... Ni sapa ni girlfriend???
Iwan : Ini Zurina....
Zurina : Hi.....
Diana : Hi.... You ni..... bila u nak call i?? janji nak call tapi tak pernah nak call.. Ni nak merajuk ni….
Iwan : Ni dah jumpa... nak call buat ape lagi??
Diana tanpa segan silu terus duduk di sebelah Iwan tanpa menyedari yang Iwan dan Zurina memerlukan privacy untuk membincangkan ‘masalah’ mereka itu.
Zurina : Oklaa Iwan.. Aku takleh lama kat sini.. Jumpa kau later kay..
Iwan : Eh ye ke.. Haa sorrylaaa.. lain kali sambung eh..
Zurina : Ok... Bye Diana..
Diana : Byeeeee.. Hasnan, teh o ais satu.. pastu Marlboro Lights Menthol satu..
Iwan : Bila laa u nak berhenti isap rokok..
Zurina : Lepas u jadik boyfriend i... hehe anyway ur friend tadi tu cam ade problem je? Dia tak suka i ker....
Iwan : Hmm ntahlaa... (Iwan dalam hatinya " tau takpe...")

Iwan dan Diana terus lepak di Kapunam. Iwan melayan sahaja kerenah Diana tapi dalam masa yang sama apa yang difikirkan Iwan ialah mengenai Zurina dan juga Sasha juga tidak boleh dilupakan. Keadaan Iwan kini amat rumit. Iwan kini terlibat dengan tiga orang perempuan.Diana, hanya akan mengingatinya bila dia terasa sunyi walaupun Diana menunjukkan rasa minat terhadap Iwan tetapi Iwan merasakan yang dia dan Diana tidak akan bertahan lama. Sasha, gadis yang diminatinya tetapi Iwan tidak pernah berkata apa-apa kepadanya, hanya mengharapkan Sasha menyedarinya sendiri walhal Sasha tidak menyedarinya langsung dan menaruh sedikit harapan kepada Reza yang sudahpun mempunyai teman wanita. Zurina, perempuan yang dianggap sebagai teman rapatnya tapi tanpa disedari menaruh harapan kepadanya. Tidak pernah terlintas di fikiran Iwan untuk menjadikan Zurina menjadi teman wanitanya.

Setelah hampir sejam Iwan melayan Diana di Kapunam. Iwan pun sudah keletihan memandangkan seharian dia di Ulu Yam bergembira. Iwan terus pulang ke rumah dan hanya mampu baring. Selepas makan malam pun, Iwan terus baring di dalam biliknya memikirkan masalahnya itu. Dia perlu tidur awal malam ini memandangkan besok adalah hari Isnin dan adalah hari bekerja. Sekarang Iwan harus membuat pilihan samada untuk terus mengejar Sasha, wanita idamannya walaupun tidak ada apa pun yang berlaku antara mereka ataupun membawa hubungannya dengan Zurina ke status lebih dari seorang kawan. Iwan terus bingung.

Jelas Iwan menaruh harapan terhadap Sasha tetapi Sasha seolah-olah tidak menunjukkan sebarang ‘response’. Zurina pula telah menunjukkan minat dan Iwan juga merasakan dia dan Zurina sesuai bersama memandangkan mereka sudah lama berkenalan dan saling memahami isi hati masing-masing. Tetapi rupa wajah Sasha yang cantik manis dan gelagatnya yang agak manja itu tidak dapat Iwan melupakannya. Iwan berfikir sehingga tertidur.

Bangunnya Iwan dari tidur terus bersiap untuk pegi bekerja dan apabila Iwan melihat ke handphonenya terdapat satu sms yang tidak dibaca lagi.... “Just take your time.... “ Sender : Zurina. Walaupun kandungannya sebegitu rupa tapi sebenarnya ia telah meletakkan sedikit tekanan kepada Iwan untuk membuat keputusan. Iwan bercadang untuk melupakan semuanya buat seketika dan menumpukan perhatiannya terhadap kerja.

Tetapi harapannya untuk hanya memberi tumpuan kepada kerja tidak berjaya sebaik sahaja dia melihat Sasha dan apa lagi selepas Sasha memberikan senyuman manis kepadanya. Iwan makin bingung.
Sasha : Iwan, arinih my birthday actually.... jom gi dinner malam nanti..
Iwan : Oo ye ke.... Happy Birthday... Sorry terlupa... Hehe
Sasha : Eleh padehal tak tau pun.. hehe takpe tak kisah pun.. so dinner??
Iwan : Hmm ok.. Nanti I kontek u later..
Sasha : Ok... call tau !! (Sasha dengan penuh manja..)
Iwan seolah membuat keputusan untuk meneruskan perjuangannya memikat Sasha tetapi tidak lama selepas itu, berbunyi handphone Iwan menandakan menerima sms..
“If you think that we should be together pick me up at 8 and then kita gi dinner.. kalau rasa kita patut stay kawan.. takyah datang.. jangan risau aku takkan salahkan ko… lepas ni kalau jumpa pun kita buat cam benda nih tak pernah berlaku dan buat cam biasa........... “ Sender : Zurina. Semakin tertekan Iwan. Lalu bergegas Iwan pergi ke pejebat bosnya dan meminta cuti dengan memberi alasan sakit kepala. Iwan terus pulang ke rumah dan terus tidur.

Setelah hamper 5 jam Iwan tidur, Iwan terjaga lebih kurang pukul 5 petang. Dia menyedari dia mempunyai 3 jam untuk membuat keputusan samada untuk pergi menjemput Sasha untuk menyambut harijadinya ataupun pergi menjemput Zurina. Pada masa ini, Diana sudah tidak menjadi salah satu dari pilihan dirinya. Perlahan-lahan Iwan bangun dan terus pergi menghadap televisyen dan menonton televisyen sehingga pukul 7 malam. Tiba masa untuk Iwan bersiap untuk keluar. Iwan masih lagi berfikir ke manakah yang perlu dia pergi? Tanda tanya itu terus terus mejadi persoalan.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Iwan pun keluar, menghidupkan motosikalnya dan bertolak pergi. Iwan telah pun membuat keputusan. Iwan terus membawa motosikalnya menghala ke rumahnya. Terasa juga sekali-sekala dia risau jika pilihannya ini bakal membuat dia berasa menyesal di kemudian hari tetapi Iwan tetap meneruskan perjalanan ke rumahnya sehingga lagi 500 meter untuk tiba di pintu muka rumahnya itu...
Iwan tersedar....
Iwan : Apa aku buat nih??? Terang-terang dia yang patut aku kejarkan........
Iwan pun terus tanpa rasa sangsi berpatah balik menuju ke rumah perempuan yang dirasakan sesuai bagi dirinya. Tibanya di pintu pagar rumah itu, kelihatan 'Sasha' sudah pun menunggu dirinya di luar rumah....


THE END

Labels:

Saturday, June 10, 2006

WORLD CUP 2006 GERMANY

skang kul 1 48 pagi.... tgh half time opening game antara germany ngan costa rica... so sementara tunggu second half nak mula tetiba aku terasa ade benda yang aku perlu tulis kat blog nih sebelum ape2 berlaku... ape dia??? yaaaaaaa aku nak tulis kat sini aku nye prediction... kehkehkeh.... aku budget final adelah antara germany vs england/brazil... england ngan brazil aku budget akan jumpa semi so sapa yg menang masuk final.. mmg susah nak budget aa.... pastu kalau final lagi aa susah nak budget sapa menang... bagi aku yang tak sokong mana2 team kat world cup ni... tak kisah pun sapa menang tapi kalau boleh taknak brazil aaa.... dah 6 kali menang cukup aaa tuh... so harapan aku final antara england lwn germany... sapa menang?? aku cam sokong england jer... pasal boleh crouch menari 'robot' dia lepas menang world cup.... hahahahaha pastu boleh buat sejarah --> orang paling muda menang world cup --> theo walcott... pastu satu lagi aku harap world cup kali ni tak macam world cup masa jepun aaa... team2 kuat tak lepas... pastu korea sampai semi.. ntah hapah hape....macam kalau semi... germany vs france... ngan brazil vs england... pergh best giler... haa satu lagi aku nak share.. aku tgk satu rancangan kat skyperfectv pasal world cup... dia budget... ivory coast sampai semi pastu france menang... hahahaha ivory coast sampai semi tu... cayalah drogbaaaa.... haha...
so kepada semua peminat world cup... enjoy the game... dan pada yang tak minat bola... layanlaa world cup... 4 thn sekali ni.. bukan boleh tgk tiap2 tahun.... hehe... daripada demam AF baik demam world cup kot... jangan demam dua2 skali... pening kepala kang.... hahaha
p/s : sile beri komen dan tulis negara yang ko budget menang.. pastu kita tgk sapa pandai teka.... contoh --> azidi - germany...

Wednesday, June 07, 2006

don't drink and drive !!

arini aku ade terbaca -->
"you never lose by trying, you always lose by holding back"

ini adalah untuk renungan bersama... don't hold back, just do what you have to do and don't afraid to take the risk... sometimes failure can be the best lesson for us.. sebagai contoh, ko tak pernah try pegang kuali yang kat atas dapur tgh masak sayur sawi.. orang dah cakap kat ko benda tu panas... tapi ko amik risiko... ko cuba gak pegang dengan tangan sendiri pastu ko menjerit kesakitan pasal benda tu kan panas giler.. so benda ni kire failure so lesson dia jangan pegang lagi kuali yang kat atas dapur yang tgh masak sauyr sawi.. (don't try this at home)hahaha... yosh yosh...

Tuesday, June 06, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 9

"Sorry aku takleh nak pegi, harap ko faham. Bukannya aku sakit kepala pun, tu just alasan untuk bagitau Reza... anyway,

It can't be, it probably isn't, that's what I believed
There's no way that I could love you
It's just jealousy, I must be lonely
I tried fooling myself, but I can't hide it any longer

They say we're not good together, that we should just be friends
One to ten, we can't agree on anything,
How can we be together? It's not an option
I kept telling myself, but I don't want to do it anymore

Why couldn't I see it was you?
Why couldn't I see you when you were right before my eyes?
You were beside me all along
It's now that I finally see you
I Think I Love You
It must be true
Cause I Miss You
Whenever you're not here
I can't do anything
I keep thinking of you
Seeing what's happening,
I`m Falling For You
I didn't know, Now I Need You
Sometime, in the depths of my heart
I can see that you've taken root in my soul


Jangan gelak.. :p "

Iwan terdiam. Iwan bersendiri di atas batu sambil melihat rakan-rakannya yang lain bersukaria, bergelak ketawa sementara Iwan pula berfikir panjang mengenai apa yang Zurina rasakan dan apakah tindakan yang perlu Iwan ambil supaya kedua-dua berpuas hati dan mengharap itu adalah tindakan terbaik yang perlu diambil. Iwan juga sedar akan risiko yang perlu diambil berat kerana tersilap langkah hubungan persahabatan mereka mampu tergugat.

Semua orang kelihatan tidak menyedari Iwan yang kelihatan bingung dan runsing. Hanya Reza yang perasan. Reza pun bergerak menuju ke Suhaimi dengan mengganggap Suhaimi pasti tahu apa yang telah berlaku.
Reza : Mi, apesal dengan Iwan tu?? Nampak lain macam jer....
Suhaimi : Aku pun tak sure. Tapi apa yang aku nampak, dia macam ade problem... Ko lepak dulu... jangan cakap pape... biar aku cakap dengan dia dulu.. nanti dia dah ready dia citer aa tu ngan kita suma...
Reza : Eloklaa tu... ko gi aa cakap ngan dia dulu...
Suhaimi : Ok...

Suhaimi bergerak menuju ke batu yang Iwan duduki....
Suhaimi : Weh bro... sana sket... kasik aku duduk... bontot aku dah laa besar.. haha
Iwan : Opp... besar ni cukup??? Hehe
Suhaimi : Haa ok ok... Kenapa ngan ko nih? Lain macam je aku tgk... Ade problem ker?
Iwan : Problem? Hmmm... ye kot.... nah baca nih...
Iwan memberikan surat yang dikirimkan oleh Zurina kepada Suhaimi. Iwan terlalu runsing untuk menceritakan dan memberikan sahaja surat tu kepadanya. Suhaimi tekun membaca surat tersebut.

Suhaimi : Hmm ko pikirlaa masak-masak.. mane yang terbaik.. aku tau ko akan buat keputusan yang baik.. just skang ni.. enjoy ngan kitaorg dulu.. takkan ko nak spoil kan budak-budak ni tengah seronok??? Aku tau susah tapi ko cuba lupakan dulu hal ni.. nanti ko pikir sorang-sorang kat rumah nanti.. Ok?
Iwan : Ok.. Aku cuba...
Jelas kelihatan Iwan mempunyai masalah tapi dia mengawal perasaannya dan cuba bergembira bersama rakan-rakannya. Haru-biru Iwan dibuatnya. Zurina adalah rakan wanita yang rapat baginya tetapi sekalipun tidak terlintas di dalam fikiran Iwan yang hubungannya dengan Zurina akan menjadi lebih dari kawan. Dia hanya mengganggap Zurina sebagai rakan wanita yang 'sempoi' dan mempu memahami perasaannya. Kerap Iwan menceritakan masalahnya kepada Zurina. Masalah keluarganya, masalah perempuan mengenai Iwan yang agak pemalu apabila berhadapan dengan perempuan dan pernah juga Iwan menceritakan masalah yang timbul di tempat kerjanya. Boleh dikatakan semua masalah telah diceritakan kepada Zurina. Ini adalah kerana Iwan mempercayai Zurina dan Iwan merasakan dengan menceritakan masalahnya kepada seorang wanita lebih senang berbanding daripada menceritakan kepada rakan lelaki. Ini adalah kerana apabila Iwan menceritakan masalahnya kepada Zurina, Zurina tidak pernah mentertawakan Iwan sebaliknya sering memberikan nasihat yang berguna dan memberi Iwan semangat dikala Iwan down. Jika diceritakan kepada rakan lelakinya tidak semestinya dia akan mendapat nasihat akan bagaimana untuk mengatasinya malah kadang-kala akan menerima kritikan dan ditertawakan. Iwan tidak pernah mempunyai rakan wanita serapat Zurina. Iwan baru dalam hal sebegini yang membuatkan Iwan ingin lagi rapat dengan Zurina kerana dia terasa seronok berkawan dengan wanita memandangkan dia tidak mempunyai pengalaman berkawan dengan seorang wanita. Apa yang tidak disedari Iwan adalah, semakin rapat Iwan terhadap Zurina, semakin kuat kepercayaan Zurina terhadap Iwan dan sekaligus ini telah membuatkan Zurina lebih banyak peluang untuk melihat betapa baiknya Iwan dan mengenali Iwan dengan lebih mendalam telah melahirkan rasa cinta Zurina terhadap Iwan. Ini adalah antara sebab yang ada orang mengatakan bahawa hubungan kawan yang rapat antara lelaki dan perempuan seolah-olah tidak wujud kerana ia pasti membawa ke hubungan sebagai sepasang kekasih.

Menyedari situasi ini, Iwan berfikir panjang. Dalam perjalanan pulang dari Ulu yam itu, Iwan tidak berkata sepatah pun. Iwan berfikir di sepanjang perjalanan pulang. Semua orang telah menyedari Iwan mempunyai masalah pada waktu ini dan semua orang berpura-pura tidak menyedari apa-apa dengan harapan Iwan tidak terganggu dan mampu membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya dan akan datang menceritakan kepada semua orang apabila dia bersedia.

Tiba-tiba Iwan mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon Zurina. Tenang Iwan menunggu untuk Zurina menjawab telefon tetapi panggilan kali pertamanya tidak diangkat Zurina. Iwan tahu yang Zurina sengaja tidak menjawab panggilan teledonnya itu. Iwan menelefon Zurina sekali lagi dan kali ini Zurina menjawab...
Zurina : Hallo (suara penuh kerisauan..)
Iwan : Hello... aku dah bace surat yang ko kirim kat aku tu. Boleh tak aku nak jumpa ko sekejap kat Kapunam lagi 30 minit. Aku nak bincang pasal benda ni face-to-face... Aku rasa tak sesuai cakap through phone....
Zurina : Er er er.. ok.... Jumpa kat sana kul 4 30....
Iwan : Orait.. jumpa sana kay..

Labels:

Monday, June 05, 2006

- I -

skang kul 1.02 pagi... aku tak tido lagik... tak tau nak buat ape.. nak tido cam tak boleh pasal cam perut aku penuh... aku makan malam arini kat kul 12... hahaha.. masak pun kul 11 lebih.... apsal lambat sangat masak eh?? ni adalah pasal aku balik dari skolah kul 10 30 malam... takde aa busy giler... just arini ade majlis meraikan senior yang telah dapat kerja... atau dalam bahasa jepunnya... naitei oiwai... kul 6 sampai kul 7 30 ade kelas... pastu majlis ni start dalam kul 8 kot... memula makan dulu... makan pun makanan ringan je aa... diaorg makan aa ayam suma tapi aku makan keropok jelaaa.... pastu minum coke sampai kembung perut aku... diaorg minum beer pun sampai kembung gak... pastu melayan jelaa diaorg cam dah separuh mabuk... tu pun abih kat skolah tu nak sambung gi minum kat kedai.. yang tu aku tak follow aaa.. tu kompom aku boring nye... yang kat skolah tu cam oklaa... diaorg tak mabuk lagi pastu cam lepas abih kelas lepak laa kejap kan... so tulaa kejadian arini...
aku dah demam.... demam WORLD CUP !! cepatlaa start... aku dah penat tunggu... masa world cup mesti teruk kehadiran aku ke skolah... hahaha... mau taknye game sampai ke pagi buta... pastu nak expect aku gi pagi lab?? hmmm cam tak dapek je... tapi aku akan try kasik rajin pegi.. kang senang aku nak mintak cuti nak balik mesia nanti kan.. hehe kena berfikiran jauh... bukan nak kiss ass tapi yelaa kalau skang dah selalu ponteng... pastu time cuti kompom nak cuti kan... kiranye last2 ko dok cuti jelaa kerja... ni kalau time skolah rajin buat kerja kang nak mintak cuti pun, dia nak kasik pun cam ok laa kan.. cam berbaloi ngan usaha... kahkahkah...
minggu dpean hari rabu ade interview proton.. pastu ahad nye plak nitto denko... ni last 2 chances aku untuk dapat kerja... nak prepare camne pun tak tau... rasa cam nak rilek je pastu pergi je... lagi banyak aku pikir nak prepare, lagi rase cam pressure.. bila pressure jadik cam tak menentu... kalau tak dapat kerja pun nak wat camne kan?? dah takde rezeki kat sini.... apa yang paling penting--> ape pun jadik, kita tak boleh putus asa untuk mencuba... takdelaa makna kalau dapat kerja ni pastu rilek je tak buat kerja, kena buang kerja plak... so papehal pun usaha je, insyaAllah ada ganjaran... maybe tak dpat besok, maybe bukan minggu depan..... kita tak tau bila... just kena usaha pastu tawakkal je.. hehe teringat pendidikan islam tingkatan 5.. baru aku sedar.. tadi ingat nak bukak citer pasal world cup pastu camne boleh meleret sampai pendidikan islam tingkatan 5 ni?? hahaha.... oklaaa cam dah panjang dah... sambung lain kali....