B.L.O.G

bukan laungan orang gila

Saturday, April 22, 2006

ご褒美

bunyi perkataan kat title tu gohoubi... maknanye 'reward'... what is reward means to you?? selalu kita akan terpikir pasal hadiah yang sesapa bagi diatas kejayaan kita or anything... hadiah samada berbentuk objek mahupun orang belanja makan tu pun reward gak kan... contoh situasi yang boleh diambil ialah bila masa kita darjah 3 pastu dapat nombor 1 dalam kelas... balik citer kat mak.... haaaa ni nak kena celebrate ni... antara option yang ade samada mak belanja makan kat luar kat fancy restaurants or mak masak favourite food.... takpun mak beli benda yang kita suka... which one do you prefer???? depends laa kan.... ini masa kita darjah 3 masa kita takde duit.. duit mak kasik ari2...

macam mana plak bila kita dah kerja??? dah ade duit sendiri.. kerja ari2 dari senin sampai jumaat... sampai petang.. malam ari kerja kompom penat nye nak kuar jalan2 tu tak dapek... weekends??? tu masa untuk cover balik kepenatan seminggu bekerja... nak tido puas2... nak lepak tgk tv puas2... takpun ni laa masa nak makan satu family... makan ramai2... yang dok umah mak bapak tu takpe laa maybe dah selalu... tapi utk org yg kerja jauh dari umah mak and dok kat umah sewa dan sebagainye... boleh laa balik jumpa mak bapak... makan sama2... sembang hal2 terkini diri... jauh mana pun kita duduk... takleh lupa mak bapak... dan tidak dinafikan juga ni masa untuk nak date ngan org yg tersayang... takpun aktiviti bersama rakan2... lepak kedai mamak minum2 sembang2 pun best gak kan... and for girls --> SHOPPING !!! ... kan?? hehe.. kalau anda lelaki dan anda juga suka shopping... jgn risau kalau org kate cam pompuan... asalkan diri sendiri happy... hehehe and for myself, aku suka treat myself with good food... don't have to be expensive... yg penting sedap... kalau mahal lebih sket and worth it.. aku mmg tak kisah aaa... satu lagi try kedai2 baru yang tak penah pegi dan yg nampak menarik... contoh menarik --> kedai2 yang terang... hehehe gelap2 takmo nanti tak nampak ape dalam pinggan <-- bahaya!! haha

banyak lagi laaa cara nak release tension... ni antara contohlaaa... anda terasa bosan dgn kehidupan anda skang??? segera amik phone and msg or call sesapa.. ur parents, member, awek, balak, kakak, abang, adik or sesapa je yg u comfortable with.. ajak kuar or do something together... did you know that u have to communicate to other person for your own health?? kalau ko tak bercakap ngan sesapa dalam masa yang lama... letih kerja tu takkan hilang walaupun ko rest lama... aku pernah tgk documentary ni kat tv... this is very important... bila ur rest boleh cover ko nye letih... ko akan lebih effective di kerja dan mengurangkan tension terhadap kerja.... sekaligus u will be enjoy ur life..

my point here.... kerja tu kerja gak... find yourself time for yourself... tapi jangan over plak sampai tak ingat kerja... amalkan kehidupan yang sihat dan happy.... but remember... duit tu jgn abihkan enjoy je.... simpanlah untuk hari tua sama.... kehkehkeh tertanya2 kenape aku tulis benda nih??????? hehe this is for those yg telah bekerja... member aku suma dah kerja kecuali akukot yang kat cardiff tu.. hehehe

Wednesday, April 19, 2006

diskusi...

KENAPE rambut orang jepun banyak style ke depan tapi style orang malaysia kalau tak ke belakang, ke tepi.. kalau ade ke depan nye style pun tak banyak??? KENAPE???

haa... aku tak tau aa korang... tapi persoalan nih pernah diperbincangkan ngan Raizul (bukan nama sebenar) masa kat umah Napih(bukan nama sebenar)... and in fact dulu masa aku first year kat sini, member jepun aku pernah tanye kenape aku sikat rambut ke belakang... dia rase cam pelik sket and dia anggap ni style Malaysia... mungkin juga anda pernah menghadapi persoalan ini dari orang jepun and maybe tak penah... tapi apa yang aku ingin huraikan di sini adalah antara sebab yang aku pikir kenape jadik camni...

Seperti biasa, pengaruh ibu bapa adalah paling kuat.. kenape mak kita sikat rambut ke belakang masa kecik??? kenape kalau tgk bapak2 kita pun takde rambut ke depan.. and kalau ade pun sikit aaa... sebab yang aku pikir ialah pasal kita nanti nak semayang kan nak kena tunjuk dahi... pakai kopiah kan... so cam dari dulu org suma sikat camtu so nanti alur rambut pun cam dah stay camtu... senang takyah masa nak sujud nak betulkan rambut... cam org jepun kenape sikat ke depan aku tak sure... tapi hampir suma kan... tu nama pengaruh rakan sebaya... kehkehkeh

maybe ade orang yang dah lama tau jawapan pada persoalan ini.. tapi ini adalah untuk orang yang baru tau dan maybe boleh nampak aa kesinambungan diantara agama dan cara kehidupan.. aiceh... tapi aku rasa ade logiknye jugaklaa kan... will be back with more discussion... dan sile lah comment yer... kongsi bersama pendapat korang... hehe

Sunday, April 16, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 5

"Ok... Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya Rizwan atau panggil saja saya Iwan. Saya akan membawa anda semua jalan-jalan dalam kilang arini. Jadi bolehlah anda semua melihat sedikit sebanyak suasana bekerja disini. Haa ok, kenalkan diri sendiri mulai dari awak."
"Saya Rahim."
"Saya Aswandi, panggil saja Andy."
"Saya Tajudin, nak panggil Din pun ok gak."
"Nama saya Sasha...."
Mulai dari saat itu, Iwan tersenyum dan Iwan tidak dengar apa yang Sasha perkatakan dan pergerakan Sasha yang lemah lembut itu bagaikan didalam gerakan perlahan atau slow motion. Iwan bagaikan tidak percaya yang Sasha rupanya akan bekerja disini dan juga bakal berkhidmat dibawah pemerhatiannya. Iwan sudah terbayangkan bagaimana dia akan mula mengorak langkah untuk memiliki hati Sasha. Dia tahu dia tidak sepatutnya berfikir sedemikian tetapi sejak dia mengenali Diana, hatinya tidak pernah singgah ke orang lain dan inilah kali pertama dia menjumpai orang yang berjaya memikat hatinya.

Iwan pun menunjukkan kepada mereka suasana bekerja disitu dan menerangkan apa yang bakal mereka lakukan mulai besok. Semasa Iwan membawa mereka berjalan pusing di dalam kilang itu. Iwan perasan yang ramai pekerja lain yang melihat pergerakan Sasha. Iwan sudah dapat merasakan bahawa tidak mudah untuk menjinakkan burung merpati yang semanis ini. Tetapi Iwan tabah. Iwan sabar dan tidak mahu kelihatan terburu-buru.
"Hmm ok, dah pun tiba masa untuk rehat makan tengah hari. Kita sambung kemudian. Jumpa anda semua disini pada pukul 2 petang," Iwan menamatkan sesi pagi.
Sasha bergerak menuju ke arah Iwan.
"Awak makan dekat mana arini?? Boleh saya join sekali??"
Tanpa segan dan silu Iwan menjawab,”Eh mana-mana awak nak makan saya ikut saje.”
“Kita makan kat gerai yang semalam kita jumpa, nak??”
“Nak.... nak... hehehe”, Iwan cuba berlagak comel.
“Hihihi awak ni comel lah..”
Nampaknya Iwan berjaya didalam usahanya untuk berlagak comel. Mereka pun pergi makan di Restoran Maju Sokmo. Selepas mereka makan, mereka berborak dengan penuh mesra. Kelihatan seperti Sasha telah memberi response yang agak baik terhadap Iwan. Pelbagai topik yang diperbincangkan bersama. Kelihatan juga seperti Iwan bijak berjenaka kerana dari tadi gelak tawa Sasha sering kedengaran.

Dalam perjalanan Iwan dan Sasha ke kaunter pembayaran, mereka terserempak dengan Reza yang kebetulan datang makan di situ.
Reza : Woit makan tak ajak !!
Iwan : Mana aku tau ko nak makan sini... anyway, ni Sasha.
Sasha : Hi, I’m Sasha. Nice to meet you.
Reza : Hi, nama saya Reza. You too...
Iwan : Eh oklaa Reza, kitaorang chow dulu. Dah abis dah makan.
Reza : Ooo dah abis dah ker?? Baru ingat nak belanja.. hehe.. sile, sile....
Iwan dan Sasha pun beredar dari situ.

Iwan pun meneruskan kerjanya iaitu membawa orang-orang yang baru termasuk Sasha keliling kilang. Selepas itu, Iwan terus pulang ke rumah. Malam sebelum Iwan tidur, bunyi handphone Iwan berbunyi.... "ti-tit, ti-tit."
"Thanks for today.... hope we’ll be a good friend...", tersenyum lebar Iwan membaca sms yang dikirim oleh Sasha."Boleh-boleh... Nak jadik lebih dari friend pun boleee..", ujar Iwan keseorangan. Nampaknya Iwan sudah pun berjaya untuk mengalihkan pandangannya jauh dari Diana.

A week later...

Iwan menjalankan kerja-kerjanya di pejabat dengan lebih efisyen sejak kehadiran Sasha di kilang iu. Iwan telah mendapat semangat baru untuk bekerja. Iwan kini tiba awal di office dan sengaja pulang lewat sehingga Sasha balik barulah dia akan balik. Selagi Sasha berada di office selagi itulah dia akan berada di meja tempat kerjanya. Walaupun tidak banyak yang boleh dilakukan, dia berpura-pura seperti sibuk bekerja. Kebetulan meja Sasha bekerja berada di tempat yang sesuai untuk Iwan memerhatinya.

Iwan mahukan hubungan yang lebih rapat. Iwan mahu mengajak Sasha keluar. Keluar pergi menonton wayang dan makan malam bersama di restoran yang agak fancy. Iwan mahu mengajak Sasha pergi melepak bersama rakan-rakannya di Kapunam dan memperkenalkan dia sebagai temannya. Tetapi segala niat Iwan terbantut kerana satu perkataan..'segan'.
Megat : Ko kena cakap kat dia apa yang ko mahukan. Nak ajak keluar tengok wayang ke, nak gi makan ke, nak gi pasar malam sama-sama ke, nak gi lunch sekali ke, semua tu ko kena cakap. Kalau ko tak cuba, dah confirm takkan jadi, kalau ko cuba ko ade 50% yang ko akan berjaya. Better do something than nothing.

Kata-kata Megat itu sering kedengaran didalam kepala Iwan. Iwan mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen. Dia mengambil keputusan untuk menulis dahulu beberapa cara untuk bercakap dengan Sasha, dan kemudian daripada pilihan itu dia akan pilih yang manakah yang paling terbaik untuk dia gunakan untuk memulakan perbualan.

Pada keesokan harinya, dia telah mendapat semangat baru lalu dia mengorak langkah ke arah meja Sasha.
Iwan : Ini ada lagi order yang baru masuk hari ini. Awak tolong check kan yer.
Sasha : Oo ok...
Iwan : er.. er.. mmm... awak free tak malam nih? Maybe we could catch a movie or maybe dinner??
Sasha : Hmmm ok gak tu. Nak jumpa kat mana??
Iwan : ooo mmm.. Takpe saya jemput awak kat rumah, if you could me your address.
Sasha : Ooo kejap yer..
Sasha pun menulis alamat rumahnya di sekeping kertas lalu memberikannya kepada Iwan.
Iwan : I’ll pick you up at 8??
Sasha : Ok..

Beredarnya Iwan dari situ, Iwan berasa amat lega dan pada masa yang sama terasa seakan jantungnya terhenti seketika. Iwan tidak dapat menahan perasaannya yang amat gembira itu sehinggakan dia tersenyum sendiri. Dia merasakan yang malam ini adalah peluang bagi dirinya untuk membuktikan bahawa dirinya adalah boyfriend material.

Tepat pukul 8 malam, Iwan tiba di hadapan rumah Sasha dan menjemputnya keluar. Mereka pun pergi menonton wayang bersama dan makan malam bersama-sama. Mereka bergelak ketawa seolah-olah mereka sepasang kekasih. Jam sudah pun menunjukkan pukul 11 malam. Iwan bercadang untuk membawa Sasha ke Kapunam memperkenalkan Sasha kepada rakan yang lain.
Iwan : Awak nak balik terus atau awak nak pergi minum dulu?
Sasha : Minum kat mane???
Iwan : Dekat dengan rumah saya, kawan-kawan saya pun ada kat sana.
Sasha : Oo Reza ada skali??
Iwan : Ade..
Sasha : Ooo ye ke. Then I’m in.

"Kenapa Reza??", Iwan terfikir sendiri melihat Sasha excited selepas mengetahui Reza akan turut ada di sana…..

Labels:

Wednesday, April 12, 2006

Coping With Difficult People

Disebabkan aku kena pegi lab dan takde benda sangat pun nak kena buat... ari yang ade kerja pun... buat dalam 30 minit dah selesai... contoh cam arini kerja yg ade pun aku nak print thesis senior yang dah grad so nanti aku kena baca dan aku dapat paham dengan lebih mendalam tentang ape yang aku nak kena buat sebenarnye..... oleh kerana itu--> aku telah membeli buku cerita kat coop... hahahaha this is very not me... tajuk buku tu-->Coping With Difficult People... memula cam nak beli novel pastu aku terpikir kang tgh2 jalan aku tak larat bace ke rugilaa plak kan so belilaa buku yg aku rasa aku boleh belajar something.... cara untuk menghadapi orang2 yang tidak disenangi dengan efektif.. aiceh... actually dalam masa yang sama aku terpikir... daripada aku pikir camne nak atasi baik aku target bace buku ni utk tidak jadik cam orang2 yang tergolong dalam golongan 'difficult' nih... kan?? kan?? Berikut antara orang yang tidak perlu kita jadik....
1)Sherman Tank
2)Staller
3)Balloon
4)Bulldozers
5)Silent And Unresponsive Person
6)Snipers
7)Exploders
8)Complainers
9)Super-Agreeables Person
10)The Negativists
Dalam buku tu dia siap citer orang2 camni macam mana dia pikir... kenape dia pikir camtu... dan cara kita nak handle orang camni tanpa mengecewakan kedua2 belah pihak.... agak menarik aaa buku ni.... sekian, laporan untuk kali ini... hehehe

Monday, April 10, 2006

latest info...

ari jumaat lepas aku telah pun diberitahu tema research aku untuk setahun ni... ni kira macam aku nye final project aa ni --> Friction and Wear Characteristics of Modified Surfaces in Vacuum at High Temperature... dalam bahasa jepunnya --> 改質表面の高温真空摩擦・磨耗特性... ape pun tak start lagik... skang ni just pegi lab lepak2 main catch ball gitu je...

ari ahad yg lepas iaitu semalam... kami budak Malaysian di Okayama pegi Handayama Botanical Garden utk hanami(tgk bunga sakura)... sepagian kami di situ... makanan disediakan oleh budak tahun 2... sedap giler... nasik minyak.... huihui... byk gak gambar yg aku amik... telahpun aku upload kat fotopages aku... link ada diletak di sebelah kanan page ini... silelah tekan dan lihat... kehkehkeh... pastu petang tu pegi main bola... lama tak main bola kat padang best jugak dah dok asyik main futsal je lately... pastu malam aku tido agak awal pasal keletihan pastu bangun pagi tadi..... AARRGGGH!! kalah??! tapi logiklaa Man U main home kan.. mmg susah pun nak menang kat old trafford... so good luck pada Man U yang masih ada peluang untuk mengejar chelsea... dan pada Arsenal nye fans out there... jangan keciwa sangat... kita still ada peluang untuk kejar no 4... hehehe Gambare Arsenal !!!!

Wednesday, April 05, 2006

Cintaku Tak Berubah - chapter 4

Azlin : Tu siapa?? You all nye kawan ker?
Megi : Ish tak kot. Kalau tak mesti aku kenal... kehkehkeh
Jack : Melampau betul Iwan. Nampak je, terus tinggal kita.
Reza : Tu takpe, dia tengah dok cerita sekali dia blah, cerita separuh jalan.
Azlin : Apa agaknya yang diaorg tengah bercakap tu eh?? Siap perempuan tu senyum-senyum lagi... rase ko kena belajar dengan Iwan laa Megi... hehehe
Megi : ces...

Sibuk mereka memikirkan apa yang sebenarnya Iwan lakukan. Tindakan Iwan ini adalah sungguh luar biasa dan mereka tidak pernah melihat Iwan sebegini agresif. Kelihatan seperti Iwan dan perempuan misteri itu berbual mesra dari sudut pandangan mereka.
Iwan : Hi... awak Sasha kan??
Sasha : Eh??!! Macam mana awak tahu nama saya?
Iwan : Awak tak ingat ker? Kita pernah amik satu kelas sama-sama kat kolej dulu. Awak Politeknik Jitra jugak kan?? Awak junior tapi saya ade repeat satu kelas amik sama dengan batch awak.
Sasha : Ooo a ah. Baru saya ingat, awak dah lain sekarang eh? Dulu awak rambut panjang, sekarang dah kemas. Makin hensem, hampir tak kenal tadi.
Iwan : Hehe.. Sekarang dah kerja, rambut kena pendek. Anyway, this is my card... kalau awak bila-bila nak ade teman nak pergi mana-mana, I'm only one phone call away...
Sasha : ihik... ok... nanti saya call.. saya pergi dulu, kawan pun dah tunggu tu..
Iwan : Sile-sile.. jalan elok-elok.
Sasha : Ok...

Iwan pun kembali ke meja bersama rakan-rakannya. Setibanya di meja, rakan-rakannya mempersoalkan apa semuanya itu dan Iwan pun menceritakan bahawa perempuan tadi adalah juniornya di kolej dahulu. Iwan sebenarnya tidak pernah bercakap dengan perempuan itu sehinggalah sebentar tadi. Di zaman kolej dahulu, Iwan merupakan seorang yang tidak berapa rapat dengan perempuan. Iwan berasa malu dan segan apabila bersua dengan perempuan. Apa yang mahu diperkatakan tidak terkeluar kerana perasaan gementar yang amat kuat apabila di hadapan perempuan.

Menyedari masalah yang dihadapi, Iwan selalu memperbincangkan perkara ini dengan rakan-rakannya yang lebih confident apabila dihadapan perempuan.Iwan kerap mendengar nasihat Suhaimi kerana dia lebih tua dan dia pun telah membuktikan bahawa dia pun confident di hadapan perempuan. “Mula-mula ko kena cari kawan perempuan, sapa-sapa je. Jangan pompuan yang ko suka, nanti ko susah nak cakap pasal ko akan rasa malu sikit mula-mula. So ko start dengan pompuan yang ko tau yang dia bukan taste ko. So dengan cara ni ko baik macam mana pun dengan dia, ko takkan terpikat dengan dia. Lagi senang ko carik pompuan yang tau dia takkan suka ko... ahaha. Nanti ko akan lebih confident bila nak mengorat nanti.. hehe”, itulah nasihat Suhaimi kepada Iwan.

Sejak dari itu, Iwan pun mula menegur perempuan di dalam kelasnya sewaktu di kolej. Banyak perempuan telah dicuba tetapi disebabkan Suhaimi tidak mengajar 'How to approach for the first time??'Iwan tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan yang akhirnya mengakibatkan Iwan memalukan diri sendiri dan apa yang diusahakan tidak membuahkan hasil. Tiba-tiba pada suatu hari di dalam kelas English, Iwan diteguri oleh seorang 'tomboy'.
Tomboy : Ko tau dekat mana kelas Matematik kejap lagi??
Iwan : Bangunan depan dewan makan tingkat tiga belah kanan. Ko tak pernah pergi ke kelas matematik?? Arini dah kali ketiga dah.
Tomboy : Tulaa aritu dua-dua kali aku ada hal sikit tak boleh nak pergi.
Iwan : Oo ye ke. Anyway, nama aku Iwan. Ko?
Zurina : Nama aku Zurina. Panggil aku Zurri. Ko punya motor eh kat depan tu. Lawa tu!
Iwan : Aah. Itu dulu abang aku punya, pastu dia dah beli kereta dia turun dekat aku.
Zurri : ooo.. eh oklaa. Terima kasih eh.
Iwan : Ok.

Dan dari detik itulah, Iwan mengenali Zurri dan terus berkawan sehingga sekarang. Kebetulan Zurri pun tinggal berhampiran dengan rumah Iwan. Seperti yang dinasihati oleh Suhaimi, Iwan pun berbaik-baik dengan Zurri dengan tujuan untuk menaikkan tahap confidentnya apabila dihadapan perempuan nanti. Secara tidak langsung, Iwan juga sedikit sebanyak mula mengenali isi hati perempuan. Zurri juga turut ajar sedikit bagaimana hendak memulakan perbualan dengan perempuan yang baru kenal.

Daripada sinilah yang membuatkan Iwan yang sekarang ini sudah tidak gugup lagi apabila dihadapan perempuan sehinggakan boleh mengorat Sasha di sebuah restoran nasi kandar di tepi jalan. Jika Suhaimi dapat melihat saat kejadian ini, Suhaimi pasti berasa bangga bahawa Iwan telah pun menunjukkan kemajuan.

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Iwan pun bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Tetapi langkahnya terhenti apabila Boss nye Mr Chang ingin berbicara dengannya sebentar.
Mr Chang : Besok ada budak baru masuk ini kilang. I mau you and Rahim(juga supervisor di kilang tersebut) handle budak-budak baru itu. Ada 4 orang, 3 laki-laki, 1 perempuan. So besok you monitor mereka ini buat kerja dan juga bawak mereka jalan tunjuk kilang. Ok?
Iwan : Ok Mr Chang.
Iwan sebenarnya tidak rela untuk menjalankan tugas tersebut kerana dia tahu bahawa ini akan menangguhkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan besok kepada lusa. Dengan kata lain, Iwan harus cover kerja besok di hari seterusnya. Tetapi apakan daya Iwan. Iwan hanya akur dan melakukan kerjanya tanpa mengeluh.

Iwan bergegas pulang ke rumah untuk bersiap kerana malam ini adalah hari Megat pulang dari perantauan dan mereka telah pun berancang untuk makan malam bersama-sama. Fiza juga pulang bersama-sama Megat dari Jerman memandangkan 3 minggu sebelum Megat pulang, Megat menjemput Fiza ke sana untuk menghabiskan masa yang tinggal di sana bersama-sama. Kebetulan Fiza pun belum pernah ke sana. Dalam pada masa yang sama, boleh juga Fiza menolong Megat mengemas barang-barangnya.

Setelah sampai di sana, semua orang telah pun di sana dan Iwan adalah orang yang paling lewat. Iwan terus menuju ke arah Megat.
Iwan : Welcome home, dude..
Megat : Haha.. thanks, ko apa citer?? Sihat??
Iwan : Aku macam nih jelaaa...
Megat : Dengar citer dah takde ngan Diana. Good for you. Don’t worry, good things is waiting for you to discover..
Iwan : Harapnyalaa.. hehe
Mereka bersembang sehingga ke larut malam. Banyak perkara yang perlu Megat diberitahu mengenai perkembangan diantara mereka. Bergelak ketawa bersama-sama kembali. Walaupun Suhaimi sahaja yang tidak disini, tetapi mereka seronok menyambut kepulangan rakan yang sudah lama di perantauan. Mulai sekarang Megat akan terus bersama mereka kerana Megat akan bertugas di bawah tajaannya Petronas di Klpb, manakala Fiza sedang mengambil Masters in Business Administration(MBA) di Uitm Shah Alam. Mereka semua pulang ke rumah lebih kurang pukul 1 pagi. Iwan terus tidur.

Seperti biasa rutin harian, Iwan tiba di kilang nya lebih kurang pukul 8 pagi. Hari ini dia akan menjadi 'tour guide'. Mr Chang memberitahu bahawa mereka sudahpun menunggu di dalam biliknya. Apabila Iwan melangkah masuk, Iwan tersenyum lebar..................

Labels:

Tuesday, April 04, 2006

ringkas dan padat

Emmanuel Eboue and Francesc Fabregas are fit for Turin !!!! kuikuikui..

Sunday, April 02, 2006

haru yasumi....

pejam celik pejam celik dah nak abih dah haru yasumi (spring break)... fuh... for the first time aku tak ke mana2 and stay je kat okayama... selalunya aku akan berjalan takpun yang paling popular balik malaysia.. haha.. tapi diatas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan aku tak boleh nak balik and terasa nak lepak kat okayama jer... yes... semua orang akan budget aku sangap giler kat sini tapi aku sendiri macam tak percaya yang cuti dah abis belum sempat nak rasa boring... satu sebab pasal kebetulan ramai tak balik and stay... walaupun aktiviti tak laa byk giler tapi tak boring pasal byk giler aktiviti makan.. haha.. pastu satu lagi sebab pasal cuti time ni tak sepanjang cuti summer... so macam sebulan je pun... ape yang aku buat cuti nih??
(1)tido yang agak melampau...
(2)makan yang sentiasa melampau... kehkehkeh
(3)tgk movies boleh kate ari2
(4)main games iaitu game bola sahaja.. hahaha
(5)chatting... <--ade time jelaaa...
(6)lepak2 umah nipah or umah lain...
(7)layan drama korea kat umah rifqi
(8)TENNIS !! huhu
(9)tulis aku nye drama(untitled)
(10)dan tidak dilupakan sahibbul skype<-- seriously this is the best!!! haha
haaaaa tu laa aku cakap.... dengar cam boring je kan... aku pun terkejut aku tak rasa boring pun... maybe nih aku first time aku spend cuti aku camnie... kereta aku pun gerak paling jauh pun gi okayama airport je kot... tu pun dalam 15 ke 20 km je aku rasa.... simple but yet fun holidays.. aiceh... starting from next week dah kena gi skolah... can't wait for august, december and of course march next year.... huihui...