B.L.O.G

bukan laungan orang gila

Monday, February 12, 2007

Sobetsukai 2007

ari sabtu yang lepas telah diadakan majlis perpisahan kepada senior-senior yang bakal tamat pengajian Mac 2007 oleh junior-junior kat okayama nih... aku antara orang yang diraikankanlah kiranya... terima kasih byk2 pasal susah payah menyediakan makanan dan kasi hadiah kat aku yang amatlah berguna di masa hadapan... dan secara tak langsung korang telah memberi nasihat supaya terus rajin bekerja... hehehe... aku akan cuba sedaya upaya bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha menjadi insan yang lebih berguna agar mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara... hopefully.. hehe...
harap aku dapat lagi berjumpa junior2 kat sini nanti walaupun dah balik mesia walaupun peluang utk berjumpa tu maybe kurang tapi cam taknak aa hilang terus camtu... senior2 aku yg selama ni... berapa orang je yg aku masih jumpa... maybe salah aku jugaklah tak kontek diaorg kan... tapi balik nih aku nak try aa kontek balik diaorg suma... cam sedih aa dulu member kat sini, bila dah balik pap lupa junior2 yg menghiburkan kita masa kat okayama... ade sorang junior tanye aku "apa perasaan??", serius aku tak rasa pape sangat... selain cam excited nak mula hidup baru kat mesia lepas nih... aku tak rasa sikit pun sedih pasal aku tak rasa yg malam tu perpisahan.. serius, i really mean it.. aku mmg plan nak jumpa lagi korang kat mesia... maybe bukan thn depan maybe bukan thn lagi satu tapi bebila dijodohkan bertemu semula laa kan.. haha...
aku berkawan dengan korang ikhlas bukan pasal aku terpaksa kawan dengan korang kat sini pasal korang je ade... aku mmg ikhlas... sama cam kawan aku kat kampung halaman (aiceh!), kawan skolah2 aku, kawan kat aaj, kawan kat okayama dan memana je kawan yg aku jumpa kat memana... aku tak lupa... kalau aku tak jumpa pun tak bermakna aku lupa korang... cuma tak berkesempatan nak kontek suma dalam masa yg sama laa kan... so my point is, ini bukan satu perpisahan, ini hanyalah satu permulaan.... yg balik sama aku thn nih... selamat pulang dan kontek laa aku, kohai yg belum balik.. habiskan study korang kat okayama nih pastu balik kontek aku... dan aku juga akan cuba kontek korang kalau berkesempatan... pastu kalau ramai ada kontek bolehlaa nak buat gathering ke ape2 aktiviti ke takpun abih koman pun lepak mapley gurai boleh sangat laa kan...

Sunday, February 11, 2007

Happy Anniversary...

arini 11hb 2 2007 maka genaplah setahun hahaazidihahaha.,blogspot... kepada semua pembaca yg setia dan mahupun yg skali skala je bukak pun.. terima kasih banyak2 kerana sudi membaca coretan saya yg kadang2 ntah hapah hape dan harapannya teruskanlah membaca blog saya yang mungkin dapat mengekalkan persahabatan kita walaupun berjauhan dari pandangan... aiceh!
macam2 jenis entry aku dah buat... setiap kali aku update blog aku.. aku cuba dan akan terus cuba kasi korang tak tensen baca blog aku dan maybe korang boleh dapat something dari apa yg aku tulis... ape yg aku tulis selama ni ikhlas dari hati tapi jikalau ade yg terasa tuh... mintak maap byk2... percayalah aku tak buat tu dgn sengaja...
harap aku dapat terus update blog aku nih walaupun dah start kerja nanti... dan harap korang teruskan membaca dan kalau kasik comment tu lagi best... segala kritikan amat dialu-alukan... pujian lagilah digalakkan... hehe... so skali lagi terima kasih dan selamat...

Saturday, February 03, 2007

Me... Farid - pilot

Tekun Farid merenung kanak-kanak riang bermain layang-layang di padang sekolah berhampiran rumahnya. Walaupun kerja sekolahnya belum selesai, Farid berehat sebentar menghirup udara segar. "Kau nak ke mana plak tu Farid?? Kerja sekolah dah siap belum?? Kau ni kerja merayap jer !! " tengking ibunya yang lebih terkenal dengan panggilan Cik Embun di kalangan orang kampung. Mungkin inilah yang merunsingkan fikiran Farid. Melihat geligat kanak-kanak yang dalam lingkungan usia 6 hingga 10 tahun itu mengingatkan zaman kanak-kanaknya. Zaman yang hanya bermain-main dan tidak perlu memikirkan apa-apa. Yang sering difikirkan hanyalah “Apa nak main besok haa??”...

Setelah hampir 30 minit Farid berlabuh di situ sambil duduk di atas motosikal arwah ayahnya, datang sekumpulan remaja-remaja yang juga tinggal di kampungnya Kampung Daun Untut(KDU), dengan menaiki motosikal-motosikal yang lebih bergaya dan cantik berbanding motosikalnya, menghampiri Farid dan membuat bising. “Kalau nak main dengan budak-budak tu, pergilah cakap.. Jangan takut, budak-budak tu baru 10, diaorg takkan marah ko punye.. hahahahaha”, kata salah seorang dari ahli kumpulan remaja itu. Perli seumpama itu sering kedengaran oleh Farid yang agak pendiam di sekolah dan tidak mempunyai ramai kawan. Mungkin juga disebabkan oleh Cik Embun yang agak tegas.

Farid tidak dibenarkan menyertai sebarang persatuan mahupun kelab sukan anjuran sekolahnya. Cik Embun mengetahui bahawa jika Farid menyertai persatuan sebegitu, Farid akan sering mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan maka itu akan menelan belanja yang banyak memandangkan ayah Farid telah lama meninggal dunia dan satu-satunya pendapatan mereka ialah dari jualan warung kopi Cik Embun dihadapan rumahnya sendiri. Secara tidak langsung Farid menjadi penolongnya di warung tersebut. Cik Embun amat memerlukan pertolongannya kerana jika tiada Farid, dia akan melakukannya keseorangan.

Farid mempunyai seorang abang, Fairuz. Fairuz kini bekerja di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) yang agak jauh dari rumah mereka maka Fairuz duduk di rumah sewa bersama-sama rakan-rakan sekerjanya. Sekali sekala Fairuz akan pulang ke rumah menolong ibunya di warung. Fairuz kurang berjaya di dalam bidang pelajarannya malah dia pernah ditangkap menagih dadah setelah tamat persekolahannya. Dia dihantar ke pusat pemulihan selama tiga tahun dan dia telah dibebaskan di atas perlakuannya yang baik. Kini dia sudah tidak menagih lagi dan bekerja dengan baik.

Namun begitu, hati Cik Embun sebagai seorang ibu yang pernah dihancurkan oleh perlakuan Fairuz menyebabkan hidup Farid dikawal dengan lebih ketat dengan harapan Farid tidak akan jadi seperti abangnya Fairuz. Walaupun Cik Embun menyayangi abangnya seperti mana dia menyayangi Farid, tetapi Fairuz masih lagi segan diatas perbuatannya yang lalu yang telah menconteng arang di wajah ibunya. Farid pula terpaksa menanggung akibat perbuatan abangnya dengan cara yang mungkin baik untuk dirinya sendiri tetapi agak sukar untuk diterima oleh dirinya yang masih muda yang inginkan hiburan sekali-sekala. Farid yang agak selalu dikongkong oleh ibunya telah menyebabkan Farid tidak mempunyai ramai kawan dan juga perangainya yang agak pendiam. Farid tidak mempunyai keyakinan diri dan juga sering teragak-agak dalam melakukan keputusan.

Farid sering memikirkan mengenai masa depannya di padang sekolah ini sambil melihat kanak-kanak yang riang bermain tanpa sebarang perkara yang perlu dirisaukan. Bukan itu sahaja sebab Farid sering ke situ. Seorang dari kanak-kanak itu adalah adik kepada primadona sekolahnya, Azah. Tepat pukul 6 petang, Azah akan datang dan memanggil adiknya pulang memandangkan hari sudah lewat petang.
“Bilalah aku nak ade awek lawa camtu?? Kawan pun jadilah...”, fikir Farid sedih memandangkan dia boleh dikatakan segan untuk meneguri perempuan yang mengakibatkan diri tidak mempunyai sebarang kawan perempuan. “Mak mesti marah punya kalau dia tahu aku ade awek... Hmmmm...”

Dari sini jugalah Farid telah membuat keputusan mengenai masa depannya. Farid bertekat untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya masuk ke Universiti. Dia ingin keluar dari KDU kerana disini semua orang mengenali dirinya yang pemalu dan sebagainya. Jika dia keluar dari KDU ini dia mampu memulakan hidup baru di mana semua orang adalah baru dan dia boleh belajar bermacam karenah orang lain dan dia juga ingin memiliki teman wanita. Farid sering menonton di kaca televisyen mengenai kehidupan di bandar dan itulah kehidupan yang diinginkan. Kehidupan yang melibatkan banyak tempat hiburan, perempuan yang lebih seksi dan lebih sosial dan juga kebebasan untuk dia bergaul dan kebebasan untuk pergi ke mana sahaja yang dimahukan. Itulah yang telah dijadikan motivasi dalam dirinya untuk terus berusaha dalam pelajaran iaitu untuk mengejar kehidupan dan suasana yang dipuja selama ini. Sekarang bulan Jun 1999 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah pada hujung tahun ini maka dia hanya perlu bersabar selama 6 bulan dan mengharapkan apa yang dimpikan menjadi kenyataan...

Labels:

Thursday, February 01, 2007

counting the days

arini ari khamis 1 February 2007... aku buat record baru peribadi... haha... for the first time aku dok kat skolah hampir 12 jam... serius aku tak tipu.. percaya tak percaya tapi mmg susah aa nak caya kan.. haha... bgn dalam kul 7 gurai... pegi skolah dalam kul 8 30 gurai kot... tolak rehat tghari 30-40 minit... aku balik dalam kul 8 30 malam tadi... pergh penat tak ingat... tak penah aa aku camni... penah balik kul 8.. paling lewat balik dekat kul 10 kot tapi datang nye kul 1 atau kul 2.. kalau dtg lewat aku balik lewat sket.. kalau dtg awal, i mean pagi dalam kul 10 ker... kul 4 kalau penat... balik sudaaa... tapi skang nih terasa cam nak duduk je kat skolah tu buat benda tapi tak larat aa kan... dah 2 minggu aku tak cuti.... yes, sabtu ahad pun kat skolah... weekend ni pun ade harapan aku kat skolah.. tapi takpe... sampai jumaat minggu depan je... 9hb 2 kena anta thesis so lepas tuh lepak sket aa... tinggal nak presentation jer.. thesis aku pun skang hampir siap cuma nak kena terangkan secara lebih details pasal result experiment aku... tapi yg tak abis lagi... ade beberapa lagi data yg nak masukkan dalam benda tu.. so nak kena buat benda tu aa... ade satu lagi experiment... pastu buat measurement suma... dapat suma data --> kena laa simpulkan data tu kan.. ade yg nak kena buat graf dan sebagainya.... pastu tadi dah kompom tarikh bila aku final presentation... aku nye turn 22hb 2 2007... pukul 8 40 pagi... aku nye final presentation masa birthday kak long dengan ezal... hahaha... pastu ade lagi birthday sama arini... kakak nikman pun sama ari kan... hehe... tak ingat akak yg mane satu.. oklaaa cukuplaa kot... update kali ni... aku nak update sebelum kena complain... hahaha... nikman kena complain pastu update skali susun jari rapat suma cukup.. pastu stay camtu jer.. hahahaha... to nikman -> takde idea nak update... buat poll sudah.. cara makan nasik ayam ker... cara makan karipap sardin... pergh... sedap tuh!!!! siut tul... apsal kat jepun takde jual karipap???? hahahaha