Me... Farid - pilot
Tekun Farid merenung kanak-kanak riang bermain layang-layang di padang sekolah berhampiran rumahnya. Walaupun kerja sekolahnya belum selesai, Farid berehat sebentar menghirup udara segar. "Kau nak ke mana plak tu Farid?? Kerja sekolah dah siap belum?? Kau ni kerja merayap jer !! " tengking ibunya yang lebih terkenal dengan panggilan Cik Embun di kalangan orang kampung. Mungkin inilah yang merunsingkan fikiran Farid. Melihat geligat kanak-kanak yang dalam lingkungan usia 6 hingga 10 tahun itu mengingatkan zaman kanak-kanaknya. Zaman yang hanya bermain-main dan tidak perlu memikirkan apa-apa. Yang sering difikirkan hanyalah “Apa nak main besok haa??”...
Setelah hampir 30 minit Farid berlabuh di situ sambil duduk di atas motosikal arwah ayahnya, datang sekumpulan remaja-remaja yang juga tinggal di kampungnya Kampung Daun Untut(KDU), dengan menaiki motosikal-motosikal yang lebih bergaya dan cantik berbanding motosikalnya, menghampiri Farid dan membuat bising. “Kalau nak main dengan budak-budak tu, pergilah cakap.. Jangan takut, budak-budak tu baru 10, diaorg takkan marah ko punye.. hahahahaha”, kata salah seorang dari ahli kumpulan remaja itu. Perli seumpama itu sering kedengaran oleh Farid yang agak pendiam di sekolah dan tidak mempunyai ramai kawan. Mungkin juga disebabkan oleh Cik Embun yang agak tegas.
Farid tidak dibenarkan menyertai sebarang persatuan mahupun kelab sukan anjuran sekolahnya. Cik Embun mengetahui bahawa jika Farid menyertai persatuan sebegitu, Farid akan sering mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan maka itu akan menelan belanja yang banyak memandangkan ayah Farid telah lama meninggal dunia dan satu-satunya pendapatan mereka ialah dari jualan warung kopi Cik Embun dihadapan rumahnya sendiri. Secara tidak langsung Farid menjadi penolongnya di warung tersebut. Cik Embun amat memerlukan pertolongannya kerana jika tiada Farid, dia akan melakukannya keseorangan.
Farid mempunyai seorang abang, Fairuz. Fairuz kini bekerja di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) yang agak jauh dari rumah mereka maka Fairuz duduk di rumah sewa bersama-sama rakan-rakan sekerjanya. Sekali sekala Fairuz akan pulang ke rumah menolong ibunya di warung. Fairuz kurang berjaya di dalam bidang pelajarannya malah dia pernah ditangkap menagih dadah setelah tamat persekolahannya. Dia dihantar ke pusat pemulihan selama tiga tahun dan dia telah dibebaskan di atas perlakuannya yang baik. Kini dia sudah tidak menagih lagi dan bekerja dengan baik.
Namun begitu, hati Cik Embun sebagai seorang ibu yang pernah dihancurkan oleh perlakuan Fairuz menyebabkan hidup Farid dikawal dengan lebih ketat dengan harapan Farid tidak akan jadi seperti abangnya Fairuz. Walaupun Cik Embun menyayangi abangnya seperti mana dia menyayangi Farid, tetapi Fairuz masih lagi segan diatas perbuatannya yang lalu yang telah menconteng arang di wajah ibunya. Farid pula terpaksa menanggung akibat perbuatan abangnya dengan cara yang mungkin baik untuk dirinya sendiri tetapi agak sukar untuk diterima oleh dirinya yang masih muda yang inginkan hiburan sekali-sekala. Farid yang agak selalu dikongkong oleh ibunya telah menyebabkan Farid tidak mempunyai ramai kawan dan juga perangainya yang agak pendiam. Farid tidak mempunyai keyakinan diri dan juga sering teragak-agak dalam melakukan keputusan.
Farid sering memikirkan mengenai masa depannya di padang sekolah ini sambil melihat kanak-kanak yang riang bermain tanpa sebarang perkara yang perlu dirisaukan. Bukan itu sahaja sebab Farid sering ke situ. Seorang dari kanak-kanak itu adalah adik kepada primadona sekolahnya, Azah. Tepat pukul 6 petang, Azah akan datang dan memanggil adiknya pulang memandangkan hari sudah lewat petang.
“Bilalah aku nak ade awek lawa camtu?? Kawan pun jadilah...”, fikir Farid sedih memandangkan dia boleh dikatakan segan untuk meneguri perempuan yang mengakibatkan diri tidak mempunyai sebarang kawan perempuan. “Mak mesti marah punya kalau dia tahu aku ade awek... Hmmmm...”
Dari sini jugalah Farid telah membuat keputusan mengenai masa depannya. Farid bertekat untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya masuk ke Universiti. Dia ingin keluar dari KDU kerana disini semua orang mengenali dirinya yang pemalu dan sebagainya. Jika dia keluar dari KDU ini dia mampu memulakan hidup baru di mana semua orang adalah baru dan dia boleh belajar bermacam karenah orang lain dan dia juga ingin memiliki teman wanita. Farid sering menonton di kaca televisyen mengenai kehidupan di bandar dan itulah kehidupan yang diinginkan. Kehidupan yang melibatkan banyak tempat hiburan, perempuan yang lebih seksi dan lebih sosial dan juga kebebasan untuk dia bergaul dan kebebasan untuk pergi ke mana sahaja yang dimahukan. Itulah yang telah dijadikan motivasi dalam dirinya untuk terus berusaha dalam pelajaran iaitu untuk mengejar kehidupan dan suasana yang dipuja selama ini. Sekarang bulan Jun 1999 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah pada hujung tahun ini maka dia hanya perlu bersabar selama 6 bulan dan mengharapkan apa yang dimpikan menjadi kenyataan...

Labels: Me... Farid
0 Comments:
Post a Comment
<< Home