B.L.O.G

bukan laungan orang gila

Wednesday, March 22, 2006

why blog????

kenngkadang aku terpikir ape tujuan org cipta blog ni... nih antara impian manusia seantero dunia yang aku pikir boleh dicapai secara blogging -->
* menceritakan tentang kehidupan kita seharian kepada orang lain.. dalam pada masa yang sama boleh menceritakan skali kepada org lain bahawa 'i am doing well here'... aceh
* menceritakan kepada orang lain mengenai kisah orang lain... contoh kejadian di sekeliling yang boleh kongsi kepada pembaca2 sebagai tauladan di hari kelak...
* menceritakan tentang cuaca ataupun keadaan sekeliling... ni macam bila dah takde benda sangat nak citer aa... contoh, 'arini sejuk sangat... nak keluar pun macam malas.. ihik...'
* menceritakan mengenai isu semasa atau menyuarakan pendapat terhadap tindakan sesetengah sesiapa... contoh, 'apelaa yang dia buat camtu, kan ke lagi bagus kalau dia buat camni and so on... '
* menceritakan tentang benda-benda kegemaran anda... sebagai contoh, lagu or food or baju yang baru beli yang dah lama sangat mengidam... dll...
* menceritakan cerita yang direka... kehkehkeh... seperti entry sebelum ni... just for the record.... walaupun watak atau nama-nama tempat itu kengkadang ade kesinambungan nye tapi percayalah ini adalah rekaan semata-mata... terima kasih diucapkan kepada saudara jojo yang telah memberikan idea kepada aku nak buat camni.. hahaha... kepada para pembace cerpen untuk kanak-kanak berjudul 'untitled' ini jangan lupa untuk mengikuti episod seterusnya di minggu hadapan... (takleh letak ari-ari kang cam boring plak blog aku.. kehkehkeh) kalau ade yang terasa atau tersinggung harap maaf yer...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home